Hubungan intergenerasi , sokongan psikologi dan sosial penjagaan warga tua dalam pelbagai etnik di Sabah

Nurul Hudani Md Nawi and Puteri Hayati Megat Ahmad and Dahlan A. Malek and Getrude Cosmas and Habibie Ibrahim and Peter Voo Su Kiong and Wanda Kiyah (2016) Hubungan intergenerasi , sokongan psikologi dan sosial penjagaan warga tua dalam pelbagai etnik di Sabah.

[img] Text
Hubungan intergenerasi , sokongan psikologi dan sosial penjagaan warga tua dalam pelbagai etnik di Sabah-ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
HUBUNGAN INTERGENERASI , SOKONGAN PSIKOLOGI DAN SOSIAL PENJAGAAN WARGA TUA DALAM PELBAGAI ETNIK DI SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (443kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hubungan intergenerasi dengan sokongan psikologi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Tiga set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent- Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi dalam kajian ini adalah versi semasa hasil dari pengubahsuaian daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998). bagi mengukur hubungan intergenerasi dan soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) bagi mengukur sokongan psikologi mana kala Social Support Questionnaire (SSQ) oleh Sarason, Levine, Basham (1983) bagi mengukur sokongan sosial telah dijalankan ke atas responden dalam kalangan anak dewasa di Sabah. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585 p<.05) dan tiada hubungan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi(r=.344 p>.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berhubungan dengan hubungan intergenerasi berbanding sokongan yang lain. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.

Item Type: Proceedings
Keyword: Intergenerasi , Sokongan psikologi dan sokongan sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ1060-1064 Aged. Gerontology (Social aspects). Retirement
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Feb 2022 16:22
Last Modified: 24 Feb 2022 16:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31725

Actions (login required)

View Item View Item