Pemuliharaan di hutan hujan tropika: Peranan kanopi dalam menjaga kepelbagaian biologi dengan menggunakan semut sebagai model ekologi

Maryati Mohamed and Erwin Soeprastowo Widodo and Mohd Zalalnudin Latipi (2001) Pemuliharaan di hutan hujan tropika: Peranan kanopi dalam menjaga kepelbagaian biologi dengan menggunakan semut sebagai model ekologi. (Unpublished)

[img] Text
Pemuliharaan di hutan hujan tropika, Peranan kanopi dalam menjaga kepelbagaian biologi dengan menggunakan semut sebagai model ekologi. fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (16MB)
[img] Text
Pemuliharaan di hutan hujan tropika, Peranan kanopi dalam menjaga kepelbagaian biologi dengan menggunakan semut sebagai model ekologi.abstract.pdf

Download (60kB)

Abstract

Ketinggian puncak pokok atau lapisan kanopi di hutan hujan tropika boleh mencapai 30 sehingga 50 meter. Beberapa spesies pokok menjulang (emergent trees) boleh mencapai ketinggian melebihi 70 meter atau 80 meter. Dijangkakan terdapat sekitar 40% hingga 95% jumlah kepelbagaian flora dan fauna di dunia berada di lapisan ini. Kajian awal yang telah dilakukan diharapkan dapat menjadi tujuan baru yang boleh menjadikan kanopi sebagai asas penting bagi pengurusan dan pemuliharaan hutan tropika secara mapan. Memandangkan kepelbagaian biologi yang dikatakan tinggi di lapisan kanopi, maka satu usaha untuk menilainya telah dilakukan di hutan hujan tropika Pusat Luar Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah. Semut telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian kerana kelimpahan dan kepelbagaian spesies yang relatif tinggi di kawasan Asia Tenggara. Kaedah yang dipilih untuk mengumpul serangga tersebut adalah melalui kaedah pewasapan. Kajian sebegini diharap dapat memberikan suatu gambaran yang lebih jelas mengenai kepelbagaian serangga amnya dan semut khususnya di kawasan ini.

Item Type: Research Report
Keyword: Pemuliharaan , Hutan hujan tropika , Kanopi , Semut
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology
Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates > QL461-599.82 Insects
Department: INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Mar 2022 16:54
Last Modified: 07 Jun 2022 11:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31845

Actions (login required)

View Item View Item