Pembangunan produk halwa ubi kayu

Fauzan Mohd Salim (2005) Pembangunan produk halwa ubi kayu. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000191.pdf

Download (5MB) | Preview

Abstract

Penghasilan halwa ini melibatkan beberapa proses laitu pra-perlakuan, penyirapan dan pengeringan. Dalam mendapatkan formulasi yang terbaik, proses analisis sensori iaitu pemeringkatan yang melibatkan 6 kumpulan yang setiap satunya mempunyai 4 formulasi dan bilangan ahli panel sebanyak 40 ahli. Dan ujian pemeringkatan, formulasi F4, F8, F12, F16, F20 dan F24 merupakan formulasi yang terbaik. 6 formulasi ini akan dijalankan ujian skala hedonik tujuh titik clan ia melibatkan 30 orang ahli panel untuk mendapatkan formulasi yang terbaik dan formulasi F24 merupakan formulasi terbaik iaitu mempunyai kepekatan 65°Brix gula dan peratusan asid sunk 0.25%. Hasil daripada analisis, halwa ubi kayu mempunyai 16.16% kelembapan, 0.98% abu, 0.22% protein, lemak 0.1 %, serabut kasar 4.12% dan karbohidrat ialah 78.42%. Halwa ubi kayu menunjukkan nilai pH sebanyak 3.68 ± 0.01. Danpada ujian penyimpanan menggunakan bekas penyimpanan polipropilena (PP) pada suhu bilik (27°C), tiada pertumbuhan mikrobiologi dalam tempoh penyimpanan. Selepas penyimpanan, kandungan kelembapan meningkat dan 16.16 ± 0.04 kepada 16.17 ± 0.11 manakala jumlah pepejal larut turut meningkat iaitu 65.30 ± 0.02 kepada 65.50 ± 0.04 dan nilai pH menurun iaitu dari 3.68 ± 0.14 kepada 3.65 ± 0.07. ujian pengguna menunjukkan 58% menyukai produk ini manakala 42% tidak menyukai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Halwa, Tapioca, Food
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Aug 2011 16:38
Last Modified: 19 Oct 2017 13:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3190

Actions (login required)

View Item View Item