Alat ritual komburongo Dusun Tobilung: Hiasan dan kepercayaan

Ick Ellyrenzine Linsap and Low Kok On (2021) Alat ritual komburongo Dusun Tobilung: Hiasan dan kepercayaan.

[img] Text
Alat ritual komburongo Dusun Tobilung, Hiasan dan kepercayaan.ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Alat Ritual Komburongo Dusun Tobilung, Hiasan dan Kepercayaan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (189kB) | Request a copy

Abstract

Sebahagian kecil daripada etnik Tobilung yang menetap di daerah Kota Belud, Sabah masih pegang kepada kepercayaan tradisional, yang diwarisi secara turun-temurun. Mereka percaya kepada pelbagai jenis semangat baik dan jahat. Salah satu semangat baik yang dipercayai mereka ialah komburongo, iaitu bahan kajian ini. Permasalahan yang timbul adalah alat ritual komburongo etnik Tobilung dihiasi dengan pelbagai jenis bahan. Terdapat sesetengah etnik Tobilung berpendapat bahawa bahan-bahan hiasan adalah mencantikkan alat ritual komburongo, manakala sesetengah etnik Tobilung lain berpendapat bahawa hiasan komburongo ini mempunyai kuasa ghaibnya. Oleh itu, tulisan ini memberi tumpuan menganalisis hiasan alat ritual komburongo, yang berkait dengan kepercayaan turun-temurun Etnik Dusun Tobilung. Bagi mengumpul data kajian, kerja lapangan telah dijalankan di enam buah kampung yang didiami oleh etnik Dusun Tobilung. Data kajian yang berkait dengan hiasan dan kepercayaan etnik Tobilung terhadap komburongo dianalisis secara interprestasi dan disokong oleh bahan kajian yang lepas. Hasil analisis mendapati sesetengah hiasan komburongo mempunyai signifikan kuasa ghaib, yang dapat menambah kuasa alat ritual komburongo. Perbandingan yang dilakukan atas alat ritual komburongo etnik Tobilung dengan etnik Kadazan Dusun lain turut mendapati sesetengah daripada mereka percaya bahawa hiasan alat ritual komburongo berfungsi menguatkan kuasa alat ritual komburongo. Kajian ini penting bagi menonjolkan kepercayaan etnik Tobilung terhadap hiasan komburongo dan juga kaitannya dengan kepercayaan turun-temurun mereka.

Item Type: Proceedings
Keyword: Etnik Tobilung , Alat ritual komburongo , Hiasan komburongo , Menguatkan kuasa alat ritual , Kepercayaan turun-temurun
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Mar 2022 13:55
Last Modified: 18 Mar 2022 13:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31921

Actions (login required)

View Item View Item