Nilai estetika dalam imej dan pembungkusan kuih tradisional masyarakat brunie di daerah Beaufort: Tradisi dan identity

Surayah Bungsu and Humin Jusilin and Musnin Misdiah and Azizah Ibrahim (2021) Nilai estetika dalam imej dan pembungkusan kuih tradisional masyarakat brunie di daerah Beaufort: Tradisi dan identity.

[img] Text
Nilai estetika dalam imej dan pembungkusan kuih tradisional masyarakat brunie di daerah Beaufort, Tradisi dan identity.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Nilai Estetika dalam Imej dan Pembungkusan Kuih Tradisional Masyarakat Brunie di Daerah Beaufort, Tradisi dan Identiti.pdf
Restricted to Registered users only

Download (492kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menyingkap elemen estetika menerusi imej dan pembungkusan kuih tradisional dalam kalangan etnik Brunei di Daerah Beaufort. Fokus kajian ini terarah kepada bidang visualisasi imej dan reka bentuk pembungkusan kuih-muih tradisional yang telah dikenal pasti. Kuih-muih tradisional masyarakat Brunei yang dipilih terdiri daripada kuih jalurut dan kuih tilapam kerana signifikan dan tipikal dalam kehidupan etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kuih-muih tradisional yang dikaji menampilkan elemen estetika dari segi imej bentuk, bahan dan teknik yang tersendiri. Manakala daun nipah atau disebut pucuk dijadikan sebagai bahan asas pembungkusannya juga menampilkan reka bentuk pembungkusan tersendiri yang signifikan dengan nilai estetika dalam budaya Brunei. Kajian ini tertumpu di dua buah perkampungan etnik Brunei iaitu, di Kampung Weston dan Kampung Lubuk di daerah Beaufort. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data kajian yang diperolehi daripada kerja lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta pengkaji. Data-data dari lapangan akan dianalisis melalui pendekatan Panofsky (1939) yang mencadangkan tiga langkah sistematik iaitu tahap primer, sekunder dan makna intrinsik. Setiap elemen yang dibincangkan dapat menjelaskan elemen estetika, imej visualisasi, reka bentuk pembungkusan dan bagaimana kuih-muih tradisional menjadi ikon dan identiti dalam konteks budaya turun-temurun etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian ini mendapati bahawa elemen estetika dan imej visual dalam pembuatan pembungkusan kuih-muih tradisional ini adalah menjurus kepada gambaran adat budaya etnik Brunei yang perlu dipelihara oleh generasi muda. Keunikan kuih tradisional dalam konteks budaya etnik Brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri dan identiti budaya mereka. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan budaya yang menjelaskan simbol, jati diri dan nilai estetika yang perlu dipelihara.

Item Type: Proceedings
Keyword: Elemen estetika , Imej visualisasi , Reka bentuk pembungkusan , Kuih tradisional , Etnik brunei
Subjects: T Technology > TS Manufactures > TS1-2301 Manufactures > TS155-194 Production management. Operations management
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Mar 2022 14:57
Last Modified: 18 Mar 2022 14:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31934

Actions (login required)

View Item View Item