Hubungan peranan jurulatih dengan interaksi sosial di dalam pendidikan luar

Suhairullah Omar Ramih and Roslee Talip and Muhamad Suhaimi Taat (2019) Hubungan peranan jurulatih dengan interaksi sosial di dalam pendidikan luar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4. pp. 91-97. ISSN 2504-8562

[img] Text
Hubungan peranan jurulatih dengan interaksi sosial di dalam pendidikan luar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (661kB) | Request a copy
[img] Text
Hubungan peranan jurulatih dengan interaksi sosial di dalam pendidikan luar_ABSTRACT.pdf

Download (57kB)

Abstract

Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat hubungan diantara peranan jurulatih dengan interaksi sosial dalam pendidikan luar. Seramai 113 responden telah terlibat di dalam kajian ini yang merupakan peserta yang hadir ke Pusat Kokurikulum Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah disesuaikan dengan iklim pendidikan luar Pusat Kokurikulum Sabah. Dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi peranan jurulatih (4.40) dan interaksi sosial (4.23) mempunyai interpretasi pada tahap yang tinggi memandangkan ia berada dalam lingkungan nilai 4.01 hingga 5.00. Manakala hasil korelasi menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan (r=0.524, k < 0.05). Justeru, dapatan kajian ini telah membawa kepada dua perkara iaitu bahagian teori yang menyokong keselarian teori mengenai peranan jurulatih dalam mencorakkan interaksi sosial, memahami dan membantu peserta meneruskan misi atau hala tuju dalam menyelesaikan sesebuah perkara. Manakala bahagian praktikalnya menjelaskan bahawa kemampuan campur tangan jurulatih dalam sesebuah program pendidikan luar akan membawa corak interaksi sosial yang bersifat lebih baik berbanding tanpa bantuan jurulatih.

Item Type: Article
Keyword: Peranan jurulatih , Interaksi sosial , Pendidikan luar
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports > GV711 Coaching
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM1001-1281 Social psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 29 Mar 2022 15:21
Last Modified: 29 Mar 2022 15:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32065

Actions (login required)

View Item View Item