Hubungan Personaliti Dan Kesediaan Berubah Dalam Kalangan Belia Yang Menyalahgunakan Dadah Di Cure & Care Rehabilitation Center, Papar, Sabah

Celistine Marcus and Guan Teik Ee and Carmella E. Ading (2021) Hubungan Personaliti Dan Kesediaan Berubah Dalam Kalangan Belia Yang Menyalahgunakan Dadah Di Cure & Care Rehabilitation Center, Papar, Sabah. Jurnal Antidadah Malaysia, 13 (1). pp. 178-194. ISSN 2231-9387 (P-ISSN) , 2710-6713 (E-ISSN)

[img] Text
Hubungan Personaliti Dan Kesediaan Berubah Dalam Kalangan Belia Yang Menyalahgunakan Dadah Di Cure & Care Rehabilitation Center, Papar, Sabah.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Hubungan Personaliti Dan Kesediaan Berubah Dalam Kalangan Belia Yang Menyalahgunakan Dadah Di Cure & Care Rehabilitation Center, Papar, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (472kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tret personaliti dan kesediaan berubah dalam kalangan belia yang menyalahgunakan dadah di Cure & Care Rehabilitation (CCRC) Papar, Sabah. Seramai 165 orang belia lelaki yang berumur di antara 15 tahun hingga 39 tahun di ambil sebagai responden. Dua instrumen telah digunakan iaitu soal selidik Big Five bagi tret personaliti dan soal selidik University of Rhode Island Scale (URICA) bagi kesediaan berubah. Darjah kebolehpercayaan (Cronbach`s Alpha) bagi instrumen Big Five ialah extraversion (0.86), neurotiscm (0.87), agreeableness (0.79), openness (0.83) dan conscientiousness (0.82). Bagi instrumen University of Rhode Island Scale (URICA) ialah precontemplation (0.75), contemplation (0.79), action (0.83) dan maintainance (0.78). Data dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 26.0. Analisis deskriptif akan digunakan untuk menganalisis min, kekerapan dan peratus. Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara tret personaliti openness, conscientiousness, agreeableness dan extraversion dengan kesediaan berubah dalam kalangan belia. Tret personaliti neurotiscm tidak mempunyai hubungan dengan kesediaan berubah dalam kalangan belia yang menyalahgunakan dadah di Cure & Care Rehabilitation (CCRC) Papar, Sabah. Beberapa cadangan akan dibincangkan berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi.

Item Type: Article
Keyword: Personaliti big five , Kesediaan berubah , Belia
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Mar 2022 15:37
Last Modified: 30 Mar 2022 15:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32150

Actions (login required)

View Item View Item