Mekanisme perundangan warisan kebudayaan bawah air di Semenanjung Malaysia daripada perspektif perundangan dan konvensyen antarabangsa

Zainuddin Baco and Chia, Stephen Ming Soon and Bilcher Bala and Baszley Bee Basrah Bee (2021) Mekanisme perundangan warisan kebudayaan bawah air di Semenanjung Malaysia daripada perspektif perundangan dan konvensyen antarabangsa. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34. pp. 15-29. ISSN 0128-0732 (P-ISSN) , 2590-4302 (E-ISSN)

[img] Text
Mekanisme perundangan warisan kebudayaan bawah air di Semenanjung Malaysia daripada perspektif perundangan dan konvensyen antarabangsa_ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Mekanisme perundangan warisan kebudayaan bawah air di Semenanjung Malaysia daripada perspektif perundangan dan konvensyen antarabangsa.pdf
Restricted to Registered users only

Download (466kB)

Abstract

Peruntukan perundangan warisan yang kukuh dan mencukupi merupakan antara faktor terpenting dalam menjamin keberkesanan proses pengurusan warisan kebudayaan bawah air. Peruntukan perundangan merupakan suatu punca kuasa yang diperuntukkan kepada individu, agensi, organisasi, badan tertentu dan pihak yang terlibat, tanpa dicabar oleh mana-mana pihak. Dengan adanya peruntukan perundangan yang kukuh, maka jaminan bagi sesuatu tapak Warisan Kebudayaan Bawah Air (WKBA) untuk melalui proses tindakan pengurusan warisan akan menjadi realiti. Artikel ini mengupas tentang mekanisme perundangan warisan pada peringkat antarabangsa, khususnya yang melibatkan Malaysia, seperti isu pendirian ratifikasi Convention Protection of Underwater Cultural Heritage 2001 (CPUCH 2001) dan persempadanan perairan antarabangsa dalam perundangan antarabangsa yang terlibat, seperti United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS) dan The Nairobi International Convention on the Removal of Wreck (Nairobi WRC) 2007. Penelitian ke atas ketiga-tiga konvensyen ini mendapati bahawa Malaysia hanya meratifikasi dua konvensyen, iaitu UNCLOS dan Nairobi, WRC. Manakala CPUCH, 2001 tidak diratifikasi kerana perundangan Akta Warisan Kebangsaan (AWK) 2005 telah mencukupi dan dikhuatiri CPUCH 2001 bakal memberi kesan terhadap isu sensitif, khususnya melibatkan hak kedaulatan dan keselamatan perairan wilayah negara. Secara keseluruhannya, mekanisme perundangan warisan antarabangsa di Malaysia amat penting dalam menjelaskan kesesuaian implementasinya dalam pengurusan dan penyelidikan WKBA di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: UNCLOS , CPUCH 2001 , Nairobi WRC , Perundangan warisan , WKBA
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K1-7720 Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K(520)-5582 Comparative law. International uniform law > K3581-(3598) Environmental law
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 30 Mar 2022 17:04
Last Modified: 30 Mar 2022 17:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32166

Actions (login required)

View Item View Item