Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah

Victor B. Pangayan and Jurry Foo @ Jurry F. Michael and Colonius Atang (2021) Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah. Gendang Alam, 11. pp. 1-12. ISSN 2180-1738

[img] Text
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (687kB)

Abstract

Susulan penularan wabak COVID-19, institusi pendidikan termasuk Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat penyelarasan kurikulum mereka. Pendidikan secara dalam talian adalah kaedah utama penyampaian kurikulum bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hinggalah ke Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Selepas lapan minggu pembelajaran dalam talian diadakan, tinjauan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran khususnya komponen Kesenian dan Kebudayaan ini telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengalaman baharu pelajar dengan pembelajaran dalam talian dan daya maju pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi komponen Kesenian dan Kebudayaan, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Matlamat kajian ini dapat dicapai dengan meneliti respons daripada 226 pelajar terhadap soal selidik berasaskan kaedah tinjauan. Maklum balas pelajar dalam bentuk skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpuas hati dengan pembelajaran dalam talian yang berterusan kerana mereka menikmati akses berterusan ke atas bahan dalam talian, fleksibiliti untuk belajar mengikut keupayaan mereka sendiri, suasana yang selesa dan keupayaan untuk bercakap dengan bebas. Namun, masalah teknikal dan isu peralatan merupakan halangan yang ketara ke atas pembelajaran bidang Kesenian dan Kebudayaan dalam talian semasa pandemik COVID-19. Pembelajaran dalam talian adalah diterima baik oleh pelajar yang mendaftar dalam komponen Kebudayaan dan Kesenian. Namun, penyepaduan pembelajaran talian terhadap kurikulum bidang Kesenian dan Kebudayaan memerlukan strategi yang lebih baik dan pendekatan yang lebih proaktif.

Item Type: Article
Keyword: Pembelajaran dalam talian , Komponen Kebudayaan dan Kesenian , Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar , Cabaran pembelajaran , Pandemik COVID-19
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Apr 2022 07:52
Last Modified: 04 Apr 2022 07:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32216

Actions (login required)

View Item View Item