Index kesahan kandungan dan kesahan muka : M-socrates-s (Malay version of the stages of change readiness and treatment eagerness scale for smoking cessation) dan M-SSE (Malay version of smoking self efficacy)

Mohd Haazik Mohamed and Wanda Kiyah George Albert and Voo, Su Kiong Peter and Ismail Maakip and Fredie Robinson (2021) Index kesahan kandungan dan kesahan muka : M-socrates-s (Malay version of the stages of change readiness and treatment eagerness scale for smoking cessation) dan M-SSE (Malay version of smoking self efficacy).

[img] Text
Abstract.pdf

Download (263kB)

Abstract

Penilaian terhadap kesediaan berhenti merokok dan efikasi kendiri merokok memainkan peranan yang penting terhadap tindakan dan ketekalan tingkah laku berhenti merokok. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti nilai index kesahan kandungan dan keshan muka bagi alat ujian M-SOCRATES-S (Malay Version of the Stages of Change Readiness and Treatment Eagerness Scale for Smoking Cessation) dan M-SSE (Malay Version of Smoking Self Efficacy). Kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti kesesuaian kedua-dua alat ujian ini terhadap golongan perokok di Malaysia. Seramai dua orang pakar bagi kesahan kandungan dan seramai 10 orang perokok telah dipilih bagi kesahan muka. Hasil kajian menunjukkan nilai index S-CVI/UA bagi kesahan kandungan untuk alat ujian M-SOCRATES-S Version adalah 0.95 manakala nilai index S-CVI/Ave adalah 0.98. Nilai index CVI/UA dan S-CVI/Ave bagi kesahan kandungan bagi alat ujiat Smoking Self Efficacy-Malay Version pula adalah sama iaitu 1.0. Nilai index S-FVI/Ave bagi kesahan muka untuk alat ujian M-SOCRATES-S Version adalah 0.86 manakala nilai index S-FVI/Ave bagi kesahan muka untuk alat ujian Smoking Self Efficacy-Malay Version pula adalah 0.87. Hasil kajian ini menunjukkan alat ujian S-SOCRATES-Malay Version dan Smoking Self Efficacy-Malay Version mencatatkan nilai index yang baik dan sesuai untuk dijalankan dalam kalangan perokok di Malasyia. Walau bagaimanapun, kajian rintis dalam mengenalpasti kesahan-kesahan lain seperti kesahan konstruk dan analisis penerokaan faktor bagi kedua-dua alat ujian ini adalah diperlukan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kesediaan berhenti merokok , Efikasi kendiri merokok , Kesahan kandungan , Kesahan muka
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5725-5770 Tobacco habit
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Apr 2022 08:21
Last Modified: 18 Apr 2022 08:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32251

Actions (login required)

View Item View Item