Pengetahuan dan sikap pengguna terhadap ciri-ciri halal produk bakeri di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Hartini Jun (2007) Pengetahuan dan sikap pengguna terhadap ciri-ciri halal produk bakeri di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000232.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau pengetahuan dan sikap pengguna mengenai ciri-ciri halal produk bakeri di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Objektif-objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah mengetahui tahap pengetahuan dan sikap pengguna terhadap produk bakeri halal, faktor yang mempengaruhi pengetahuan dan sikap mereka serta hubungan antara keduanya dan juga mengkaji perbezaan tahap pengetahuan dan sikap di antara pengguna Muslim dan yang bukan Muslim. Kajian ini dijalankan melalui borang soal-selidik dan melibatkan seramai 400 orang responden dari seluruh kampus utama UMS. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 11.5. Hasil kajian mendapati bahawa 49.2% daripada keseluruhan responden adalah berpengetahuan mengenai ciri-ciri halal produk bakeri, manakala seramai 50.8% lagi adalah tidak berpengetahuan. Faktor demografi yang mempengaruhi kedua-dua tahap pengetahuan dan sikap responden ialah faktor agama dan etnik responden tersebut. Ujian korelasi Spearman pula menunjukkan nilai yang signifikan (p<0.05) dan ini bererti bahawa sikap pengguna terhadap status halal produk bakeri adalah berkait dengan tahap pengetahuan mereka. Rakan-rakan merupakan sumber pengetahuan utama kepada responden mengenai makanan halal. Didapati juga bahawa kebanyakan responden amat mengutamakan sensori rasa apabila hendak membeli produk bakeri berbanding faktor-faktor lain. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan tahap pengetahuan di antara pengguna Muslim dan yang bukan Muslim. Secara keseluruhan, didapati bahawa tahap pengetahuan pengguna mengenai ciri-ciri halal produk bakeri adalah tidak memuaskan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Bakery, Halal, Product
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Aug 2011 15:46
Last Modified: 20 Oct 2017 14:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3231

Actions (login required)

View Item View Item