Kelangsungan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu semasa pandemik covid-19

Hazlee Jirip and Harifah Mohd Noor (2020) Kelangsungan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu semasa pandemik covid-19.

[img] Text
Kelangsungan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu semasa pandemik covid-19.ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
KELANGSUNGAN PERKHIDMATAN BAS MINI DI KOTA KINABALU SEMASA PANDEMIK COVID-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (378kB) | Request a copy

Abstract

Penularan wabak Covid-19 menyebabkan kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Keadaan ini mengakibatkan sektor pengangkutan awam terjejas, terutama terhadap permintaan dan penggunaan bas mini di Kota Kinabalu. Tekanan terhadap kumpulan pengusaha ini meningkat apabila kos penyelengaraan dan bayaran pinjaman bank terpaksa ditanggung walaupun perkhidmatan tidak dijalankan secara sepenuhnya. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai impak Covid-19 terhadap kelangsungan perkhidmatan bas mini di Kota Kinabalu. Metod kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif iaitu menggunakan pendekatan temubual semi berstruktur yang melibatkan 21 orang informan. Informan kajian ini adalah pengusaha bas mini di tiga sub daerah Kota Kinabalu iaitu Sepanggar, Menggatal dan Inanam. Manakala, dapatan kajian menunjukkan impak penularan Covid-19 dari sudut ciri pengoperasian bas mini di Kota Kinabalu iaitu tempoh menunggu penumpang, waktu operasi, kapasiti penumpang, jumlah perjalanan setiap hari dan kadar tambang yang dikenakan. Selain itu, penularan Covid-19 turut memberikan cabaran dan impak terhadap sosioekonomi pengusaha bas mini. Dapatan kajian ini memberi makluman dan cadangan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kumpulan pengusaha bas awam tidak dipinggirkan dalam pelaksanaan polisi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu.

Item Type: Proceedings
Keyword: Perkhidmatan bas mini , Isu bas mini , Covid-19 , Cabaran , Kota Kinabalu
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 19 Apr 2022 14:09
Last Modified: 19 Apr 2022 14:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32343

Actions (login required)

View Item View Item