Perbandingan sistem fonologi bunyi vokal dan konsonan Dusun-Perancis

Mohd Nor Azan Abdullah (2021) Perbandingan sistem fonologi bunyi vokal dan konsonan Dusun-Perancis.

[img] Text
Perbandingan sistem fonologi bunyi vokal dan konsonan Dusun-Perancis.ABSTRACT.pdf

Download (80kB)
[img] Text
PERBANDINGAN SISTEM FONOLOGI BUNYI VOKAL DAN KONSONAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (451kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini akan memperlihatkan perbandingan di antara sistem fonologi bahasa Dusun dan bahasa Perancis yang diterjemahkan melalui sistem fonetik dan fonologi. Fonologi adalah bidang mengkaji sistem bunyi bahasa. Fonem merupakan lambang bunyi bahasa yang diberi satu lambang seperti lambang / ᶴ /merujuk lambang bagi huruf ch. Terdapat juga sistem gabungan bunyi dua huruf ‘ng’ yang dilambangkan dengan fonem /ŋ/. Mengenali setiap bunyi fonem boleh membentuk sistem ejaan bahasa. Penulis akan meneliti sistem bunyi vokal dan konsonan Dusun-Perancis agar pembaca memahami perbezaan dan persamaan sistem fonologi bagi kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa Dusun yang berasal daripada keluarga bahasa Malaynesia manakala bahasa Perancis berasal daripada ibu bahasa Indo-Eropah. Pembaca akan disajikan dengan jelas beberapa perbedaan fonemik yang wujud dalam keduadua sistem bahasa. Pendekatan diskriptif fonologi digunakan untuk menunjukkan perbedaan dan persamaan fonem di antara dua bahasa yang dikaji. Kajian ini merupakan kajian bersifat kualitatif berteraskan kaedah kajian perpustakaan dengan merujuk kamus, buku-buku, artikel dan laman sesawang yang berkaitan. Objektif kajian adalah mengenal pasti dan menjelaskan serta menyenaraikan persamaan dan perbedaan fonem vokal dan konsonan bagi kedua-dua bahasa tersebut. Kajian ini akan membantu para linguis mahu pencinta linguistik memahami sistem fonologi bagi kedua bahasa yang datangnya daripada dua keluarga bahasa yang berlainan rumpun.

Item Type: Proceedings
Keyword: Vokal , Konsonan , Perbandingan , Dusun-Perancis
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 15:09
Last Modified: 22 Apr 2022 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32405

Actions (login required)

View Item View Item