Kesanggupan untuk membayar ke destinasi ekopelancongan hutan paya bakau Taman Negara Johor Tanjung Piai

Jabil Mapjabil and Nur Ain Fariza Amin Nordin and Kasim Mansur and Harifah Mohd Noor and Datu Razali Datu Eranza and Siti Aidah Lukin @ Lokin and Nabila Farysha Dering (2020) Kesanggupan untuk membayar ke destinasi ekopelancongan hutan paya bakau Taman Negara Johor Tanjung Piai. Jurnal Penyelidikan Islam dan Kontemporari (JOIRC), 3. pp. 36-47. ISSN 2637 - 0948

[img] Text
Kesanggupan untuk membayar ke destinasi ekopelancongan hutan paya bakau Taman Negara Johor Tanjung Piai.ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
KESANGGUPAN UNTUK MEMBAYAR KE DESTINASI EKOPELANCONGAN HUTAN PAYA BAKAU TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI.pdf
Restricted to Registered users only

Download (210kB) | Request a copy

Abstract

Kajian terhadap kesanggupan untuk membayar dan ekopelancongan didapati masih terpisah dan tidak seimbang. Malahan, hanya sedikit kajian yang menjelaskan sebab seseorang pelancong berminat dengan aktiviti ekopelancongan dan sanggup untuk membayar yuran yang dikenakan. Artikel ini meneliti tentang penilaian terhadap kesanggupan untuk membayar dalam kalangan pengunjung dan pelancong ke destinasi ekopelancongan hutan paya bakau di Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP). Objektif kajian ini ialah mengenal pasti tahap dan nilai kesanggupan untuk membayar (WTP) oleh pengunjung dan pelancong. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual mendalam, temu bual tidak langsung dan pemerhatian. Seramai 40 orang informan dipilih dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati kesedaran majoriti informan terhadap tahap kesanggupan untuk membayar adalah sederhana. Rata-rata informan tidak peka dengan harga yang ditawarkan kepada mereka. Namun begitu, majoriti daripada mereka berpuas hati dengan nilai kadar bayaran yang ditetapkan. Latar belakang sosiobudaya dan mentaliti penduduk di negara ini mempengaruhi keprihatinan terhadap isu WTP. Dalam jangka panjang, pihak pengurusan taman negara ini perlu proaktif

Item Type: Article
Keyword: Kesanggupan untuk membayar , Ekopelancongan , Pelancong , Hutan paya bakau , Taman Negara Johor Tanjung Piai
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Apr 2022 11:02
Last Modified: 25 Apr 2022 11:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32423

Actions (login required)

View Item View Item