Ciri tarikan dan tahap kemudahan pelancong di destinasi pelancongan pulau: Kajian kes di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah

Jabil Mapjabil and Nor-Ina Kanyo and Rahmah Rashid and Rosmiza M.Z. (2021) Ciri tarikan dan tahap kemudahan pelancong di destinasi pelancongan pulau: Kajian kes di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah.

[img] Text
Ciri tarikan dan tahap kemudahan pelancong di destinasi pelancongan pulau, Kajian kes di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Ciri tarikan dan tahap kemudahan pelancong di destinasi pelancongan pulau, kajian kes di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (171kB) | Request a copy

Abstract

Taman Laut Tunku Abdul Rahman (TLTAR) adalah salah satu taman laut yang diwartakan di bawah Establishment of Marine Parks Malaysia Order 1994 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan bagi tujuan pemeliharaan sumber marin dan pelancongan. Taman Laut Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Sulug dan sebahagian Pulau Gaya. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti ciri tarikan dan tahap kemudahan pelancong di TLTAR, Sabah. Kajian ini melibatkan 249 orang responden dalam kalangan penduduk tempatan yang berkunjung dan yang pernah berkunjung ke TLTAR. Profil demografik responden menunjukkan 71.5% adalah lelaki, 75.5% berumur dalam lingkungan bawah 30 tahun, 68.7% adalah berstatus bujang dan lebih 50% responden berpendidikan peringkat menengah. Terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberikan perhatian agar ia mampu mengekalkan keinginan pelancong untuk berkunjung ke TLTAR iaitu kebersihan persekitaran pulau termasuk pantai dan lautnya serta keselamatan pulau khususnya daripada ancaman pihak tertentu dan jenayah. Bagi tahap kemudahan pelancong, dapatan kajian menunjukkan kemudahan rekreasi, perkhidmatan bot dan jeti yang disediakan adalah lebih memuaskan berbanding dengan kemudahan lain. Hasil kajian ini adalah penting kepada pihak pembuat dasar dan perancang pembangunan taman laut untuk memastikan pengurusan pelancongan di taman laut lebih lestari dan memberikan manfaat serta kepuasan kepada semua pihak terutamanya penduduk tempatan itu sendiri.

Item Type: Proceedings
Keyword: Ciri tarikan , Kemudahan , Pengunjung , Penduduk tempatan , TLTAR
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 16:28
Last Modified: 22 Apr 2022 16:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32440

Actions (login required)

View Item View Item