Pemerkasaan wanita dan usaha mencapai kesaksamaan gender melalui sektor ekopelancongan di kadamaian, Kota Belud, Sabah

Dayang Suria Mulia and Kartina Narwan (2021) Pemerkasaan wanita dan usaha mencapai kesaksamaan gender melalui sektor ekopelancongan di kadamaian, Kota Belud, Sabah.

[img] Text
Pemerkasaan wanita dan usaha mencapai kesaksamaan gender melalui sektor ekopelancongan di kadamaian, Kota Belud, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
PEMERKASAAN WANITA DAN USAHA MENCAPAI KESAKSAMAAN GENDER MELALUI SEKTOR EKOPELANCONGAN DI KADAMAIAN, KOTA BELUD, SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (276kB)

Abstract

Pemerkasaan wanita merupakan aspek kritikal dalam mencapai kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender merujuk kepada keadaan iaitu wanita dan lelaki menikmati peluang, akses, hak, pemilikan sumber, serta kesetaraan peranan dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Dalam konteks perbincangan artikel ini, ekopelancongan dianggap satu ‘alat’ yang mampu memperkasa wanita dan membantu usaha mencapai kesaksamaan gender dalam semua aspek kehidupan. Penglibatan aktif wanita dalam aktiviti ekopelancongan membolehkan mereka terlibat dalam proses membuat keputusan, meningkatkan akses, kawalan serta pemilikan terhadap sumber. Sehubungan itu, objektif utama penyelidikan yang dibincangkan dalam artikel ini ialah mengenal pasti kepelbagaian peranan wanita yang terlibat dalam sektor ekopelancongan di Kadamaian, Kota Belud. Objektif seterusnya ialah menilai tahap pemerkasaan wanita yang terlibat dalam aktiviti ekopelancongan. Indikator yang digunakan untuk menilai elemen pemerkasaan wanita termasuklah akses pemilikan dan kawalan sumber, penglibatan dalam proses membuat keputusan, peningkatan kemahiran, keyakinan diri, dan pengembangan jaringan sosial. Kaedah kualitatif yang digunakan termasuklah temubual mendalam, focus group discussion (FGD), pemerhatian di lokasi kajian, disamping mengikuti aktiviti ekopelancongan yang menampilkan wanita sebagai pengendali aktiviti. Seramai 44 orang responden wanita yang ditemubual dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 22% wanita yang memiliki serta mengurus inap desa/homestay, 15% wanita mengetuai projek ekopelancongan berasaskan komuniti, dan 15% wanita menjadi pengendali aktiviti lasak seperti jungle trekking. Namun, masih ramai wanita yang terlibat dalam tugastugas kerja pembersihan dan keceriaan di camping site dan Inap Desa iaitu sebanyak 42%. Dapatan kajian berkaitan pemerkasaan wanita ini boleh menjadi input kepada agensi berkaitan dalam merangka dasar dan strategi untuk mencapai kesaksamaan gender di luar bandar.

Item Type: Proceedings
Keyword: Ekopelancongan , Pemerkasaan wanita , Luar bandar , Kesaksamaan gender , Sumber semulajadi
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 16:34
Last Modified: 22 Apr 2022 16:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32445

Actions (login required)

View Item View Item