Pengetahuan dan ketersediaan komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp): Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah

Jabil Mapjabil and Rosmiza M.Z. and Mohd. Halipah Jetendra (2021) Pengetahuan dan ketersediaan komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp): Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah.

[img] Text
Pengetahuan dan ketersediaan komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp), Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (65kB)
[img] Text
PENGETAHUAN DAN KETERSEDIAAN KOMUNITI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), KAJIAN KES DI PULAU GAYA, SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (261kB) | Request a copy

Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang bermula pada 18 Mac 2020 kesan penularan pandemik COVID-19 memberikan kesan yang mendalam terutamanya komuniti pulau di negeri Sabah. Persoalannya, pelaksanaan PKP adalah suatu pengalaman yang baharu dalam kalangan komuniti pulau. Sehingga ke hari ini, tiada rekod dokumentasi dan penyelidikan dalam sains soial mengenainya pula masih kurang dan terhad. Untuk itu, kajian ini meneliti tentang tahap pengetahuan dan ketersediaan komuniti pulau semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menghadapi pandemik COVID- 19. Kajian ini menggunakan pendekatan eksplorasi dan evaluatif, iaitu suatu usaha untuk mengeksplorasi respon kumpulan komuniti berkenaan dan sekali gus menilai sama ada mereka tahu, peka dan bersedia untuk menghadapi pandemik ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes iaitu di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah dengan penekanan terhadap deskripsi tentang fenomena dan tingkah laku. Kajian ini melibatkan seramai 71 orang responden yang mewakili 4.73% daripada keseluruhan populasi penduduk di kampung berkenaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merekodkan nilai paling tinggi iaitu sebanyak 98.6 peratus (70 orang). Tahap ketersediaan responden pula umumnya adalah tinggi terutamanya langkah menghadkan aktiviti sosial dengan komuniti pulau dan bersedia untuk duduk di rumah semasa perlaksanaan PKP dengan masing-masing mencatatkan skor min 4.32 yang mewakili tahap ‘sangat tinggi’. Hasil kajian ini bermanfaat untuk perancangan dalam pengurusan risiko dalam menangani pandemik di Sabah khususnya dan Malaysia keseluruhannya.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengetahuan , Ketersediaan , Komuniti pulau , Perintah kawalan pergerakan , Pandemik covid-19
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Apr 2022 08:43
Last Modified: 25 Apr 2022 08:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32453

Actions (login required)

View Item View Item