Tanggapan kebergunaan sistem e-pembelajaran mempengaruhi kualiti kehidupan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi di Sabah

Nor Shahzanani Sudirman and Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof (2021) Tanggapan kebergunaan sistem e-pembelajaran mempengaruhi kualiti kehidupan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi di Sabah.

[img] Text
Tanggapan kebergunaan sistem e-pembelajaran mempengaruhi kualiti kehidupan kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik institusi pengajian tinggi di Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
TANGGAPAN KEBERGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN MEMPENGARUHI KUALITI KEHIDUPAN KERJA DAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN AKADEMIK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (180kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan teknologi dalam pendidikan moden telah membuka ruang untuk kakitangan akademik menambah nilai dan kemahiran dalam tuntutan kerjaya mereka. Khususnya bagi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi (IPT), yang mana hampir keseluruhan IPT di Malaysia sudah mengaplikasikan sistem e-learning atau e-pembelajaran sebagai platform utama untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran, pengajaran dan latihan. E-pembelajaran menjadi penghubung kepada aktiviti kuliah dan tutorial yang mana dilakukan melalui pembelajaran teradun atau blended learning dan tidak terbatas kepada pertemuan fizikal sahaja. Penggunaan informasi teknologi seperti komputer, TV interaktif dan aplikasi digital memudahkan kelompok pengguna untuk mengakses e-pembelajaran tanpa terikat dengan waktu dan keadaan. Melihat kepada implementasi sistem e-pembelajaran yang meluas dalam IPT, menyebabkan wujudnya pengaruh terhadap kesejahteraan kakitangan akademik terutamanya aspek kualiti kehidupan kerja dan kepuasan kerja. Oleh itu, kajian rintis ini bertujuan untuk menilai tahap tanggapan kebergunaan dalam Technology Acceptance Model (TAM) terhadap sistem e-pembelajaran dan pengaruhnya terhadap kualiti kehidupan kerja serta kepuasan kerja kakitangan akademik di IPT Sabah. Menggunakan kaedah kuantitatif melalui analisis deskriptif dan inferensi (regrasi mudah), hasil kajian menunjukkan tanggapan kebergunaan sistem e-pembelajaran mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kualiti kehidupan kerja dan kepuasan kerja kakitangan akademik. Kajian ini membuka ruang kepada penyelidik diluar untuk mengkaji dengan terperinci berhubung epembelajaran dan kesejahteraan kakitangan akademik.

Item Type: Proceedings
Keyword: E-pembelajaran , Tanggapan kebergunaan , Kakitangan akademik , Kualiti kehidupan kerja kepuasan kerja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 14:58
Last Modified: 22 Apr 2022 14:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32458

Actions (login required)

View Item View Item