Berita palsu semasa pandemik COVID-19: Tinjauan dari perspektif perundangan

Ida Shafinaz Mohamed Kamil and Mohd Dahlan A. Malek (2021) Berita palsu semasa pandemik COVID-19: Tinjauan dari perspektif perundangan. Journal of Psychology and Social Health (JPsySH), 5. pp. 49-56. ISSN 2600-7819

[img] Text
Berita palsu semasa pandemik COVID-19_ Tinjauan dari perspektif perundangan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (365kB) | Request a copy
[img] Text
Berita palsu semasa pandemik COVID-19_ Tinjauan dari perspektif perundangan _ABSTRACT.pdf

Download (64kB)

Abstract

Hari ini, seluruh dunia sedang menghadapi bencana yang dipanggil penyakit novel coronavirus yang dikenali sebagai COVID-19. Setakat Oktober 2021, telah dilaporkan bahawa lebih daripada 248 juta kes dan 5 juta kematian direkodkan di seluruh dunia. Di Malaysia, 2,466,663 kes direkodkan dengan 28,876 kematian dilaporkan pada 30 Oktober 2021. Malangnya, dunia bukan sahaja berhadapan dengan pandemik COVID-19, malah infodemik COVID-19 juga, di mana berita palsu tentang penyakit COVID-19 merebak dengan lebih cepat dan lebih meluas daripada virus itu sendiri. Penularan berita palsu semakin berleluasa menerusi pelbagai platfom media sosial yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Ketidakpastian dalam memahami apa sebenarnya berita palsu telah menyebabkan kesukaran dan cabaran dalam menyediakan penyelesaian kepada bahaya yang ditimbulkan oleh berita palsu. Artikel ini membincangkan apa yang dikatakan berita palsu dan mengkaji rangka kerja undang-undang yang disediakan untuk memerangi berita palsu di Malaysia. Dengan menggunakan metodologi penyelidikan doktrinal, artikel ini menganalisis dengan teliti peruntukan undang-undang yang berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Kanun Keseksaan serta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang berkuat kuasa pada 12 Mac 2021 serta kes berkaitan, untuk kesalahan dan hukuman berhubung dengan berita palsu. Dapatan daripada analisis menunjukkan bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam peruntukan undang-undang untuk mengawal berita palsu khususnya mengenai COVID-19.

Item Type: Article
Keyword: Berita Palsu , Covid-19 , Kesalahan jenayah , Infodemik, Pandemik
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > K1-7720 Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA648.5-767 Epidemics. Epidemiology. Quarantine. Disinfection
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 19 May 2022 16:33
Last Modified: 19 May 2022 16:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32633

Actions (login required)

View Item View Item