Penilaian kualiti air mengikut kedalaman (Suhu, Ammonia, Nitrat dan Nitrit) di Tasik SST, Universiti Malaysia Sabah

Nisrinah Che Ab. Aziz (2006) Penilaian kualiti air mengikut kedalaman (Suhu, Ammonia, Nitrat dan Nitrit) di Tasik SST, Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000401.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan status kualiti air di Tasik UMS, mengikut kedalaman yang dijalankan pada tiga stesen yang berlainan. Kajian dilakukan secara in-situ (di lapangan) dan ex-situ (di makmal) melibatkan pemonitoran terhadap parameter fizikal dan kimia. Analisis parameter yang di jalankan di lapangan ialah suhu dan analisis yang di jalankan di makmal ialah ujian ammonia, nitrat and nitrit dengan YSI 650 Multi Parameters Detection System (parameter in-situ) dan Hach Kit (parameter ex-situ). Hasil daripada kajian didapati suhu 30.96°C pada kedalaman 0.5m, 30.83°C pada kedalaman l.0m, 30.78°C pada kedalaman 1.5m dan 30.41 °C pada kedalaman 2.0m ; kepekatan ammonia pula 0.60mg/L pada kedalaman 0.5m, 0.56mg/L pada kedalaman 1.0m, 0.58mg/L pada kedalaman 1.5m dan 0.58mg/L pada kedalaman 2.0m, ; kepekatan nitrat pula 0.18mg/L pada kedalaman 0.5m, 0.15mg/L pada kedalaman l.0m, 0.l5mgIL pada kedalaman l.5m dan 0.19mg/L pada kedalaman 2.0m. Parameter yang terakhir sekali adalah nitrite, dengan kepekatan Smg/L pada kedalaman 0.5m, 10.33mg/L pada kedaJaman l.0m, 13.33mg/L pada kedalaman l.5m dan 20.l7mg/L pada kedalaman 2.0m. Di samping itu, perubahan musim yang disebabkan oleh angin monsun timur mempengaruhi kandungan nutrien. Merujuk kepada piawai Interim Kualiti Air Nasional bagi Malaysia, kualiti air Tasik UMS masih berada pada paras yang bersih dan bersesuaianu untuk kegunaan rekreasi yang melibatkan penyentuhan badan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Water quality, Ammonia content, Temperature, Nitrate, Nitrite, Tasik SST, UMS
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry > QD71-142 Analytical chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 11 Jan 2012 14:20
Last Modified: 20 Oct 2017 14:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3264

Actions (login required)

View Item View Item