Keterlibatan Komuniti Dalam Memperkasakan Bandar Berdaya Huni Di Zon Black Spot Jenayah Di Kota Kinabalu, Sabah

Norcikeyonn Samuni and Nor-Ina Kanyo and Jabil Mapjabil (2021) Keterlibatan Komuniti Dalam Memperkasakan Bandar Berdaya Huni Di Zon Black Spot Jenayah Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 97-118. ISSN 2600-867X

[img] Text
Keterlibatan Komuniti Dalam Memperkasakan Bandar Berdaya Huni Di Zon Black Spot Jenayah Di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Keterlibatan Komuniti Dalam Memperkasakan Bandar Berdaya Huni Di Zon Black Spot Jenayah Di Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (771kB) | Request a copy

Abstract

Dalam mencapai usaha mewujudkan sebuah bandar selamat dan berdaya huni, terdapat beberapa elemen penting yang perlu ditekankan dalam merealisasikannya. Salah satunya ialah elemen keterlibatan komuniti bandar yang merupakan agen pembangunan dan perubahan kepada sesuatu dimensi ruang. Kota Kinabalu adalah sebuah bandar yang pesat membangun dari pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial dan fizikal dan ia mendorong kepada keinginan masyarakat untuk berhijrah ke kawasan bandar, sama ada secara kekal atau sementara bagi memenuhi keperluan dan kelangsungan hidup. Justeru, penghijrahan masyarakat ke bandar Kota Kinabalu telah menyumbang kepada tuntutan sosial dan fizikal yang membawa kepada isu keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat. Maka, dalam mewujudkan sebuah bandar berdaya huni (BDH) untuk komuniti, bagaimana pula dengan tahap kesediaan dan keterlibatan komuniti untuk memperkasakan usaha ini di peringkat lokal. Kajian ini dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dengan memfokuskan kepada lima buah zon black spot jenayah iaitu sekitar Sadong Jaya, Segama, Sinsuran, Sembulan dan Tanjung Aru. Justifikasi pemilihan lokasi ini adalah disebabkan indeks jenayah di kawasan tersebut tinggi, menjadi zon pelaksanaan program bandar selamat di bawah pihak berkuasa tempatan, populasinya yang ramai dan pusat tumpuan segala aktiviti masyarakat. Zon yang terlibat terletak berhampiran pusat bandar raya. Seramai 384 orang responden terlibat dalam penyelidikan ini. Penggunaan soal selidik digunakan bagi menjawab objektif kajian dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) melalui analisis frekuensi, crosstabs dan skor min. Dapatan kajian menjelaskan bahawa keterlibatan komuniti dalam memperkasakan BDH di zon black spot jenayah di Kota Kinabalu masih rendah. Oleh itu, pelbagai usaha dan mekanisme perlu dilaksanakan khususnya dalam agenda pemerkasaan komuniti secara komited dan konsisten.

Item Type: Article
Keyword: Keterlibatan , Komuniti , Bandar berdaya huni , Bandar selamat , Zon black spot , Kota Kinabalu
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology > HT165.5-169.9 City planning
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV7231-9960 Criminal justice administration > HV7431 Prevention of crime, methods, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 12:00
Last Modified: 08 Jun 2022 12:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32672

Actions (login required)

View Item View Item