Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah

Rima Abdul Rahman and Harifah Mohd Noor (2021) Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27. pp. 133-150. ISSN 2600-867X

[img] Text
Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (43kB)
[img] Text
Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (478kB) | Request a copy

Abstract

Di Malaysia, makanan tradisi melambangkan satu identiti budaya dalam satu masyarakat. Malah, pelancong yang datang mengagumi keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang dimasak oleh pelbagai kaum di Malaysia. Makanan tradisi merupakan salah satu sumber pendapatan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di Malaysia. Namun, kehadiran wabak Corona Virus Diseases atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah melumpuhkan ekonomi negara Malaysia dan telah memberikan impak kepada para pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) makanan tradisi. Bagi mengekalkan keuntungan mereka dalam perniagaan, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan agar dapat memutuskan penularan wabak COVID-19 seperti Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan pergerakan dan aktiviti ekonomi rakyat. Analisis kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk menganalisis data 30 responden. Lokasi kajian ini dijalankan di daerah Papar, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa kesan yang paling mempengaruhi pengusaha PKS adalah kesan semasa pergerakan PKP (skor min purata 3.46), kesan terhadap lokasi strategik (skor min purata 2.44). Namun, bantuan daripada pihak kerajaan yang sangat diperlukan oleh pengusaha PKS adalah pakej rangsangan ekonomi prihatin (min=3.93), diikuti dengan mengambil pelbagai bantuan kerajaan (min=3.76). Walau bagaimanapun, tidak semua pengusaha PKS makanan tradisi mendapat bantuan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk memohon bantuan. Oleh itu, kajian ini melihat sejauhmana penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada pemasaran makanan tradisi dan apakah langkah yang diperlukan oleh pengusaha PKS daripada pihak kerajaan. Penemuan kajian ini akan membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi bantuan kepada pengusaha PKS, terutamanya dalam memberikan kelonggaran syarat kepada pengusaha PKS (makanan tradisi) untuk membuat permohonan agar dapat memperoleh bantuan daripada pihak berkuasa.

Item Type: Article
Keyword: COVID-19 , Impak , Pengusaha makanan tradisi , Langkah , Bantuan kerajaan
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 08 Jun 2022 12:05
Last Modified: 08 Jun 2022 12:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32674

Actions (login required)

View Item View Item