Kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi pandemik Covid-19: kajian kes di Pulau Mabul, Sabah

Mohd Soffian Osman and Badariah Saibeh and Gusni Saat and Ubong Imang (2021) Kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi pandemik Covid-19: kajian kes di Pulau Mabul, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 196-212. ISSN 0128-1755

[img] Text
Kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi pandemik Covid-19_ kajian kes di Pulau Mabul, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (372kB) | Request a copy
[img] Text
Kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi pandemik Covid-19_ kajian kes di Pulau Mabul, Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (67kB)

Abstract

Wabak COVID-19 yang dikesan pada 31 Disember 2019 di Wuhan, Wilayah Hubei, Republik Rakyat China akhirnya diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Di Malaysia, bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 berikutan peningkatan kes positif yang mendadak, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344), serta selaras dengan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20). Pelaksanaan PKP ini melibatkan pelbagai fasa pengurusan kecemasan kesihatan awam termasuklah aspek kesiapsiagaan di pelbagai peringkat agensi atau institusi dan komuniti. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan tentang langkah-langkah kesiapsiagaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan MKN 20 di peringkat komuniti khususnya dalam memberikan kefahaman dan kesedaran tentang COVID-19 serta kaedah menanganinya, dengan fokus utama terhadap pengetahuan dan pematuhan dalam kalangan komuniti. Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 15 orang responden yang dipilih dalam kalangan pemimpinpemimpin komuniti dan ketua isi rumah telah digunakan dalam kajian ini. Kemudian, data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian mengenal pasti majoriti penduduk di Pulau Mabul adalah penduduk tiada kewarganegaraan dan tidak berpendidikan. Hal ini menyebabkan komuniti tersebut berdepan dengan isu pemahaman mengenai COVID19 dan kaedah menanganinya. Malahan ia turut mempengaruhi pematuhan komuniti terhadap Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure – SOP) PKP yang telah ditetapkan. Terdapat juga kontradiksi pematuhan SOP dalam kalangan kumpulan Bajau Laut (dikenali juga sebagai Palauh) yang tinggal di atas perahu disebabkan maklumat mengenai COVID-19 dan PKP tidak sampai kepada mereka. Begitu juga dalam hal berkaitan pengurusan kes suspek COVID-19 di mana pemimpin komuniti termasuk agensi penguatkuasa yang ada di Pulau Mabul tidak mendapat arahan yang khusus mengenainya. Hal ini menyebabkan aspek kesiapsiagaan dalam kalangan komuniti pulau ini berada pada tahap yang rendah. Justeru, pengukuhan pengetahuan dalam kalangan komuniti dapat mempengaruhi tindakan mereka untuk menghindari COVID-19 dan mematuhi SOP PKP. Selain itu, perlaksanaan langkahlangkah kesiapsiagaan yang lain seperti penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dan latih amal yang berterusan oleh agensi yang terlibat juga wajar dilaksanakan di peingkat komuniti Pulau Mabul bagi membolehkan tahap kesiapsiagaan mereka ditingkatkan dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Item Type: Article
Keyword: Covid-19 , Kesiapsiagaan , Komuniti , Pulau Mabul , MKN20
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology > HT201-221 City population: Including children in cities, immigration
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 09 Jun 2022 08:37
Last Modified: 09 Jun 2022 08:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32703

Actions (login required)

View Item View Item