Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar (WTP) di destinasi pelancongan terpilih di Kota Belud, Sabah

Jabil Mapjabil and Kasim Md. Mansur and Harifah Mohd. Noor and Nabila Farysha Dering and Mohamad Pirdaus Yusoh (2021) Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar (WTP) di destinasi pelancongan terpilih di Kota Belud, Sabah. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6. pp. 45-60. ISSN 0128-1844

[img] Text
Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar (WTP) di destinasi pelancongan terpilih di Kota Belud, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (255kB)
[img] Text
Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar (WTP) di destinasi pelancongan terpilih di Kota Belud, Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (62kB)

Abstract

Kota Belud adalah sebuah daerah luar bandar di Sabah yang memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Walaupun daerah ini dikategorikan sebagai kawasan luar bandar, masih terdapat ramai pelancong yang sanggup datang kerana kebanyakan destinasi pelancongan di kawasan ini adalah berasaskan tarikan alam semula jadi. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meneliti tentang kadar bayaran dan kaitannya dengan kesanggupan pelancong untuk membayar (WTP) di destinasi pelancongan terpilih di Kota Belud, Sabah. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan melibatkan penggunaan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. Untuk itu, seramai 93 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak empat destinasi pelancongan didapati mengenakan yuran bayaran masuk manakala tiga daripadanya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk masuk ke premis pelancongan mereka. Bagi yuran perkhidmatan, semua destinasi pelancongan yang dikaji didapati mengenakan bayaran tersebut kepada pegunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Dua dari destinasi pelancongan yang dikaji pula mengenakan yuran aktiviti, iaitu Cabana Retreat dan Melangkap Nabalu Rafflesia. Seramai 53 orang (57%) responden berpendapat kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan. Ringkasnya, kajian WTP dan pelbagai bayaran yang dikenakan kepada pelancong dapat membantu pengusaha pelancongan dalam menambah baik fasiliti dan perkhidmatan premis pelancongan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Kesanggupan untuk membayar , Kadar bayaran , Destinasi pelancongan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB801-843 Consumption. Demand
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 09 Jun 2022 11:45
Last Modified: 09 Jun 2022 11:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32745

Actions (login required)

View Item View Item