Ciri-ciri pasar minggu dan tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang disediakan: Kajian kes pasar minggu Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah

Jabil Mapjabil and Nurul Sakina Bahari and Datu Razali Datu Eranza and Nor-Ina Kanyo and Christina Andin and Noorziah Mohd Salleh and Rosmiza M.Z. and Mazdi Marzuki and Mohamad Pirdaus Yusoh and Jeannet Stephen (2021) Ciri-ciri pasar minggu dan tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang disediakan: Kajian kes pasar minggu Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6. pp. 91-103. ISSN 0128-1844

[img] Text
Ciri-ciri pasar minggu dan tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang disediakan_ Kajian kes pasar minggu Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (345kB)
[img] Text
Ciri-ciri pasar minggu dan tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang disediakan_ Kajian kes pasar minggu Gaya Street, Kota Kinabalu, Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (62kB)

Abstract

Pasar minggu merupakan suatu perniagaan sektor tidak formal yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk pelancong untuk mendapatkan keperluan barangan dan perkhidmatan. Namun begitu, pasar minggu memiliki ciri-ciri yang berbeza mengikut lokaliti, meskipun ada persamaan dengan lokasi lain di negeri Sabah. Justeru, artikel ini bertujuan untuk meneliti ciri-ciri pasar minggu yang dijalankan di Gaya Street, Kota Kinabalu, seterusnya meninjau tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan yang disediakan di lokasi kajian. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah eksploratif dan deskriptif manakala pendekatan yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dan disokong dengan data kualitatif melalui temu bual dengan seorang pegawai dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Seterusnya, seramai 83 orang responden dipilih secara rawak dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan daripada 14 ciri pasar minggu yang diteliti di Gaya Street, sembilan ciri mencatatkan skor min ‘tinggi’, antaranya tempat yang sesak, pelbagai produk dijual dan harga barang yang murah. Manakala lima parameter lain merekodkan skor min skala ‘sederhana’ sahaja, antaranya ciri keselamatan, kualiti barang yang dijual dan kebersihan persekitarannya. Daripada segi tahap kepuasan pengunjung terhadap kemudahan di pasar minggu Gaya Street, hasil kajian menunjukkan hanya kemudahan kedai makanan dan minuman mencatatkan skor min ‘tinggi’ manakala enam kemudahan lain merekodkan skor min ‘sederhana’, antaranya tong sampah, tempat istirehat dan tandas awam. Selain itu, terdapat satu parameter yang mencatatkan skor min ‘rendah’. Sebagai implikasinya, suatu pelan strategik perlu dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan imej, kemudahan dan perkhidmatan pasar minggu Gaya Street agar lebih bersih, berdaya saing dan lestari. Untuk itu, pelbagai pihak pemegang taruh perlu komited secara holistik dan bersepadu untuk merealisasikannya.

Item Type: Article
Keyword: Pasar minggu , Tahap kepuasan , Pengunjung , Kemudahan , Aktiviti membeli-belah
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5469.7-5481 Markets. Fairs
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 09 Jun 2022 12:44
Last Modified: 09 Jun 2022 12:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32770

Actions (login required)

View Item View Item