Resilien dan adaptasi 2 penggiat seni dalam membudayakan 3 persembahan seni secara talian (digital) sebagai 4 normal baharu pasca Covid-19

Sri Ningsih Sukirman and Patricia Jipoh (2021) Resilien dan adaptasi 2 penggiat seni dalam membudayakan 3 persembahan seni secara talian (digital) sebagai 4 normal baharu pasca Covid-19. Gendang Alam, 11. pp. 145-160. ISSN 2180-1738

[img] Text
Resilien dan adaptasi 2 penggiat seni dalam membudayakan 3 persembahan seni secara talian (digital) sebagai 4 normal baharu pasca Covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (348kB)
[img] Text
Resilien dan adaptasi 2 penggiat seni dalam membudayakan 3 persembahan seni secara talian (digital) sebagai 4 normal baharu pasca Covid-19 _ABSTRACT.pdf

Download (65kB)

Abstract

Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang mula dikesan pada akhir bulan Januari 2020 lalu telah memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang seterusnya dilanjutkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 18 Mac 2020. Bukan itu sahaja, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan juga dilaksanakan. Memandangkan pengalaman PKP ini adalah pertama kali bagi kebanyakan penduduk dan tempohnya yang panjang sehingga memberikan impak terhadap pelbagai sektor ekonomi negara. Salah satu sektor berkenaan ialah industri media, seni dan hiburan. Penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP didapati memberikan kesan yang mendalam terutamanya terhadap penggiat seni (profesional dan tidak formal) di negeri Sabah. Asas permasalahan kajian ini didasarkan pada dua isu, iaitu (i) bagaimanakah tahap dan ciri-ciri resilien penggiat seni (profesional dan tidak formal) sepanjang PKP (termasuk PKPB, PKPP dan PKPD) yang berlangsung? dan (ii) bagaimanakah mereka mengadaptasi pendekatan persembahan (seni tari, seni teater dan seni muzik) dari normal biasa bersifat fizikal ke normal baharu, iaitu ‘pentas’ digital dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam tempoh PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan pasca COVID-19 nanti? Oleh itu, objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti tahap dan ciri-ciri resilien (daya tahan) penggiat seni sepanjang tempoh PKP termasuk PKPB, PKPP dan PKPD yang dikaji di negeri Sabah (ii) meneliti kepelbagaian strategi adaptasi yang dilakukan oleh pengiat seni persembahan dalam tempoh PKP (termasuk PKPB, PKPD dan PKPP) dalam konteks perubahan daripada amalan normal biasa kepada amalan normal baharu yang dilakukan oleh penggiat seni persembahan di negeri ini (iii) mencadangkan strategi semerta, jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang boleh dilaksanakan dalam memperkasa penggiat seni persembahan dengan mengambil kira perubahan kepada amalan normal baharu dan budaya aplikasi digital pasca COVID-19. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang disokong oleh kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan temu bual penggiat seni tari menggunakan borang soal selidik. Kajian fundamental ini dijangka dapat menyumbang dalam penyediaan pelan pengurusan risiko dan krisis penularan pandemik dan pembuatan polisis berkaitan dengan bidang seni tari.

Item Type: Article
Keyword: Resilien , Adaptasi , Pandemik , Covid-19 , Penggiat Seni
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 15 Jun 2022 10:46
Last Modified: 15 Jun 2022 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32779

Actions (login required)

View Item View Item