Potensi bandar Taiping sebagai tarikan pelancongan warisan di Perak

Jabil Mapjabil and Noorziah Mohd Salleh and Yogeswary Paramaswaran and Datu Razali Datu Eranza and Mazdi Marzuki and Rosmiza M.Z (2021) Potensi bandar Taiping sebagai tarikan pelancongan warisan di Perak. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management (JTHEM), 6. pp. 93-103. ISSN 0128-178X

[img] Text
Potensi bandar Taiping sebagai tarikan pelancongan warisan di Perak.pdf
Restricted to Registered users only

Download (492kB) | Request a copy
[img] Text
Potensi bandar Taiping sebagai tarikan pelancongan warisan di Perak _ABSTRACT.pdf

Download (60kB)

Abstract

Kewujudan pelbagai monumen dan bangunan yang dibina sejak awal tahun 1900an perlu dipelihara dan dipulihara sebagai tarikan pelancongan warisan. Taiping adalah antara bandar yang berpotensi untuk dipromosikan sebagai destinasi pelancongan warisan yang popular di negari Perak. Untuk itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis dan kategori pelbagai bangunan dan monumen yang berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan warisan di bandar ini; meneliti persepsi penduduk tempatan terhadap potensi Taiping serta mencadangkan strategi dan langkah untuk memelihara dan memulihara warisan di bandar berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat pelbagai monumen dan bangunan lama yang berpotensi dijadikan sebagai tarikan pelancongan warisan, antaranya Rock Garden, Pagoda Cina, Stesen F.M.S, Hotel Peking, stesen kereta api, Rest House 1894, menara jam, Muzium Perak dan First Galeria. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian agar hasrat menjadikan bandar Taiping sebagai tarikan pelancongan warisan adalah tahap kebersihan dan keceriaan persekitarannya, penyediaan kemudahan asas, pengekalan dan pemuliharaan struktur binaan tapak warisan, aspek promosi serta tahap keselamatan di kawasan berkenaan. Pelbagai strategi dan langkah yang dicadangkan untuk menjadikan Taiping sebagai destinasi tumpuan pelancongan warisan yang popular di Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Item Type: Article
Keyword: Potensi , Pelancongan warisan , Strategi , Taiping
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 15 Jun 2022 10:50
Last Modified: 15 Jun 2022 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32783

Actions (login required)

View Item View Item