Kelamat-keombo’an: Permainan watak melalui penyatuan elemen kelima dalam persembahan teater ritual Igal etnik Bajau Pantai Timur Sabah

Sharifuddin Zainal and Mohd Kipli Abdul Rahman and Esterlina Moo Chin Len Lazarus (2021) Kelamat-keombo’an: Permainan watak melalui penyatuan elemen kelima dalam persembahan teater ritual Igal etnik Bajau Pantai Timur Sabah. Gendang Alam, 11. pp. 63-83. ISSN 2180-1738

[img] Text
Kelamat-keombo’an_ Permainan watak melalui penyatuan elemen kelima dalam persembahan teater ritual Igal etnik Bajau Pantai Timur Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (712kB)
[img] Text
Kelamat-keombo’an_ Permainan watak melalui penyatuan elemen kelima dalam persembahan teater ritual Igal etnik Bajau Pantai Timur Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Bajau Laut adalah pecahan daripada etnik besar Bajau yang kebanyakannya mendiami pesisir pantai timur Sabah, Malaysia. Bersesuaian dengan persekitaran penempatan mereka, kepercayaan dan sosiobudaya etnik ini adalah terpusat ke lautan. “Kelamat” adalah istilah yang digunakan oleh kelompok etnik merujuk kepada dukun, manakala keombo’an pula istilah yang merujuk kepada semangat pelindung dan roh nenek moyang. Berlatarbelakangkan sejarah yang mempelbagaikan jenis keombo’an-kelamat pula merupakan satu elemen yang paling bersignifikasi dalam melengkapkan kitaran kosmos dalam persembahan teater ritual Igal. Kelompok etnik percaya kelamat merupakan penjaga kunci yang menghubungkan dua alam yang terpisah (mikro kosmos - alam manusia dan makro kosmos- alam semangat metafizik). Ketika persembahan ritual dijalankan, pelbagai keombo’an akan melintasi kosmos dan masuk ke dalam badan kelamat untuk berkomunikasi dan merestui kelompok etnik tersebut. Tanpa kehadiran keombo’an, kelompok etnik percaya persembahan ritual yang dijalankan tersebut telah gagal dan objektif persembahan dilaksanakan tidak dapat dicapai. Walau bagaimanapun, amalan kepercayaan keombo’an adalah satu amalan yang bertentangan dengan syariat Islam, iaitu hal yang memerangkap kelompok etnik dalam konflik di antara dua kepercayaan yang mereka pegang. Oleh itu, makalah ini merungkaikan signifikasi lestari kelamat-keombo’an terhadap kepercayaan kosmologi etnik melalui persembahan teater-ritual Igal. Pendekatan etnografi dan teori persembahan Richard Scherchner digunakan untuk mensintesiskan signifikasi kepelbagaian watak dan perwatakan keombo’an- melalui permainan watak di tahap liminal persembahan ritual pengubatan Igal, sebagai sebuah dasar bagi pembentukan dan pembangunan teater tradisional etnik Bajau Pantai Timur Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Kelamat , Keombo’an , Ritual , Teater , Bajau Laut , Kepercayaan kosmologi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism
G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore > GR81 Folk beliefs, superstitions, etc. (General)
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jun 2022 16:24
Last Modified: 16 Jun 2022 16:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32838

Actions (login required)

View Item View Item