Perkembangan aspek keusahawanan, ekonomi dan sosial Orang Asli di Malaysia: Satu analisis literatur

Mohamad Pirdaus Yusoh and Muhamad Sayuti Hassan and Mohamad Hafis Amat Simin and Jabil Mapjabil (2021) Perkembangan aspek keusahawanan, ekonomi dan sosial Orang Asli di Malaysia: Satu analisis literatur. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6. pp. 104-117. ISSN 0128-1844

[img] Text
Perkembangan aspek keusahawanan, ekonomi dan sosial Orang Asli di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (293kB)
[img] Text
Perkembangan aspek keusahawanan, ekonomi dan sosial Orang Asli di Malaysia _ABSTRACT.pdf

Download (62kB)

Abstract

Konsep orang asli kerap kali ditakrifkan sebagai kumpulan komuniti yang sangat rentan terhadap eksploitasi, peminggiran dan penguasaan oleh negara atau negara yang masih dalam proses penjajahan ataupun oleh etnik yang dominan secara politik. Terdapat lebih daripada 370 juta orang asli di 70 negara di seluruh dunia. Mereka mengamalkan adat istiadat eksklusif, mengekalkan ciri-ciri sosial, budaya, ekonomi dan politik yang berbeza daripada masyarakat dominan di mana mereka tinggal. Orang asli di Malaysia terdiri daripada tiga suku kaum utama, iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Malay. Dalam kumpulan tiga suku kaum ini, terdapat 18 kumpulan sub-etnik seperti yang secara amnya dikelaskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Hasil penyelidikan terhadap keusahawanan dalam kalangan orang asli menunjukkan perkembangan yang berterusan dari semasa ke semasa. Namun dalam aspek ekonom,i masyarakat orang asli masih mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Malaysia. Kemiskinan dan kemiskinan tegar dalam kalangan orang asli masingmasing adalah 81.45% dan 48.85% pada tahun 2000. Akibat daripada kemiskinan ini, wujudnya beberapa masalah lain seperti penyakit berjangkit, kadar kematian bayi yang tinggi dan sebagainya. Pelbagai inisiatif yang dijalankan bagi merapatkan jurang kemiskinan orang asli dengan masyarakat dominan yang lain.

Item Type: Article
Keyword: Orang Asli , Keusahawanan , Ekonomi , Sosial , Malaysia
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595-595.2 Ethnography
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 17 Jun 2022 09:11
Last Modified: 17 Jun 2022 09:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32847

Actions (login required)

View Item View Item