Kajian infeksi Helmin pada tikus di Pulau Gaya, Sabah

Lee, Shing Yen (2007) Kajian infeksi Helmin pada tikus di Pulau Gaya, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000417.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai infeksi helmin telah dijalankan di tiga lokasi berlainan di Pulau Gaya. Sejumlah 21 ekor tikus berjaya ditangkap yang terdiri daripada empat spesies iaitu Sundamys muelleri, Maxomys rajah, Rattus rattus dan Rattus exulans. Tikus yang berjaya ditangkap dibedah dan helmin yang ditemui dikumpulkan dan diawet dengan menggunakan 10% gliserin alkohol sebelum dikenalpasti spesiesnya. Helmin yang diperoleh dikira bilangan, dikenalpasti dan dikira kadar infeksinya. Terdapat 10 ekor tikus yang terinfeksi dengan helmin daripada jumlah tikus yang ditangkap dan memberikan kadar infeksi secara keseluruhan sebanyak 47.6%. Tikus yang diperoleh daripada lokasi A (kawasan hutan berbukit) paling banyak diinfeksi. Sundamys muelleri merupakan spesies tikus yang mempunyai kadar infeksi helmin yang paling tinggi iaitu 66.7%. Sebanyak 138 ekor helmin telah berjaya dikumpul yang terdiri daripada tiga kumpulan iaitu nematoda, cestoda dan acanthocephala. Tiada trematoda dijumpai. Antara lapan spesies helmin yang ditemui, empat spesies daripadanya berjaya dikenalpasti. Spesies helmin ini ialah Angiostrongylus malaysiensis, Taenia taeniaeformis, Hymenolepis diminuta dan Moniliformis moniliformis. Empat spesies helmin lagi tidak dapat dikenalpasti. Angiostrongylus malaysiensis merupakan spesies helmin yang menginfeksi paling banyak tikus di kawasan kajian. Antara spesies helmin yang dijumpai, tiga daripadanya mempunyai kepentingan dalam kesihatan manusia iaitu Angiostrongylus malaysiensis, Hymenolepis diminuta dan Moniliformis moniliformis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Rats, Helminths infection, Sundamys muelleri, Maxomys rajah, Rattus rattus, Rattus exulans, Gaya island, Sabah
Subjects: Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL360-599.82 Invertebrates
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Jan 2012 10:30
Last Modified: 23 Oct 2017 08:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3285

Actions (login required)

View Item View Item