Ciri formalistik dan kualiti ekspresif alam motif sirung Dusun Minokok di Keningau Sabah

Mohammad Nasrun Abdullah (2019) Ciri formalistik dan kualiti ekspresif alam motif sirung Dusun Minokok di Keningau Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Ciri formalistik dan kualiti ekspresif alam motif sirung dusun minokok di Keningau Sabah.24pages.pdf

Download (871kB)
[img] Text
Ciri formalistik dan kualiti ekspresif alam motif sirung dusun minokok di Keningau Sabah.fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (24MB)

Abstract

Dusun merupakan salah satu etnik yang terbesar dan mempunyai sub suku yang pelbagai di Sabah. Mereka turut menghasilkan objek budaya dan motif yang pelbagai ragam yang sukar dipastikan untuk kelangsungan hidup seperti kraftangan dan utiliti kehidupan harian. Oleh itu, Kajian ini menjelaskan motif kraftangan tradisional sirung (penutup kepala) yang mengkhususkan Dusun Minokok yang mempunyai keunikan dari segi nilai estetika pada bentuk dan hiasan pada permukaan kraf tersebut. Dalam kajian ini, sebanyak sepuluh (10) telah dikaji iaitu sirung Nelitang (Sunga Cina), sirung Nandus Andus (Mata Bujak), sirung Binangkait (Pakis), sirung Sinabsab (Sempadan Tapak Padi), sirung Neutuludan(Telur Cicak Hutan), sirung Nurugan(Berlian), sirung Sungot(Ulat Sagu), sirung Linupit (lkan Bakar dalam Daun), sirung Dompuron (Tempat Masak) dan sirung Sundot (Sungai). Data kualitatif melalui kajian lapangan dijalankan di Kampung Lumuyu, kampung Sinoron, dan kampung Kabatang, Keningau Sabah. Kaedah pengumpulan data penyelidikan dilakukan secara pemerhatian, temu bual, dokumen dan audio visual. Imej motif dan corak yang dikaji dikenalpasti melalui empat simbol mudah iaitu flora, fauna, alam sekitar dan objek. Data-data yang diperolehi disusun melalui proses diskripsi, intrepetasi dan penilaian (Mary Jane File 1958). Penyelidikan ini selanjutnya mengaplikasikan analisis ciri-ciri formalistik dan kualiti ekspresif (Rosalind Ragan 2005). Penyelidikan ini mendapati bahawa penghasilan unsur formalistik yang terdapat pada motif sirungdiolah dan disusun dengan baik sehingga membentuk ciri keseimbangan, berirama, penegasan, harmoni dan kesatuan. Manakala kualiti ekspresif pada motif menjelaskan nilai budaya mereka sebagai warisan dan identiti masyarakat Dusun Minokok.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sirung , Dusun Minokok , Seni kraf tradisional
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration > NC760-825 Special subjects
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jun 2022 14:43
Last Modified: 07 Jun 2022 14:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32865

Actions (login required)

View Item View Item