"Empty space" dalam upacara adat kematian etnik Bajau Pulau Omadal di Semporna Sabah

Nur Basiah Ismail (2019) "Empty space" dalam upacara adat kematian etnik Bajau Pulau Omadal di Semporna Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Empty space' dalam upacara adat kematian Etnik Bajau Pulau Omadal di Semporna Sabah.24PAGES.pdf

Download (12MB)
[img] Text
Empty space' dalam upacara adat kematian Etnik Bajau Pulau Omadal di Semporna Sabah.FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (12MB)

Abstract

Etnik Bajau Omadal di Daerah Semporna Sabah, kaya dengan adat dan amalan tradisi yang diwarisi sejak turun-menurun daripada warisan nenek moyang. Salah satu daripada adat dan amalan yang masih diamalkan dalam masyarakat ini adalah amalan upacara adat kematian. Upacara adat kematian di dalam etnik Bajau Omadal Semporna mempunyai keunikan tersendiri. Adat dan ritual kematian ini dilakukan untuk memenuhi tuntutan agama dan budaya masyarakat setempat mengikut kepercayaan pelbagai etnik masing-masing. Amalan persembahan upacara adat kematian yang dijalankan mempunyai tujuan yang berbeza-beza atas kepelbagaian tatacara pelaksanaan upacara adat kematian bagi tujuan memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah si mati. Melalui struktur proses upacara adat kematian yang dijalankan dilihat mempunyai persamaan dengan unsur teatrikal dan sinografi yang mengutamakan "ruang" dalam membentuk satu persembahan. Walapun upacara adat kematian adalah satu persembahan adat yang sukar untuk menjadi sebuah persembahan teater, tetapi ia merupakan sebuah persembahan yang mempunyai unsur teatrikal dan sinografi yang saling berhubung-kait antara satu sama lain dan setiap proses-proses upacara adat kematian tersebut mengisi ruang kosong yang menarik minat orang ramai untuk melihatnya. Selain itu juga tatacara pelaksanaan upacara adat kematian ini mempunyai nilai estetika kesenian yang tinggi dan boleh menggambarkan identiti kepada etnik Bajau Omadal di Semporna. Lantas adalah diharapkan di penghujung kajian, pengkaji akan berupaya menganalisis unsur teatrikal dan sinografi yang terkandung dalam upacara adat kematian etnik Bajau Omadal di Pulau Omadal Semporna Sabah. Seterusnya kajian ini juga berperanan menjadi satu panduan, tatapan dan rujukan pelbagai generasi muda, yang dianggap sebagai penerus kepada kelansungan nilai khazanah ilmu warisan zaman.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Empty space , Adat kematian , Etnik Bajau
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jun 2022 16:25
Last Modified: 07 Jun 2022 16:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32867

Actions (login required)

View Item View Item