Impak pandemik Covid-19 terhadap komuniti luar bandar: kajian kes di Kg Terian, Penampang Sabah

Ubong Imang and Dayang Suria Mulia and Jurry Foo @ Jurry F. Michael and Jalihah Md Shah (2021) Impak pandemik Covid-19 terhadap komuniti luar bandar: kajian kes di Kg Terian, Penampang Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 73-83. ISSN 0128-1755

[img] Text
Impak pandemik Covid-19 terhadap komuniti luar bandar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (229kB) | Request a copy
[img] Text
Impak pandemik Covid-19 terhadap komuniti luar bandar _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Pandemik COVID-19 telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan masyarakat dunia dan turut menimbulkan pergolakan sosial dan ekonomi merentas negara. Walaupun daripada kajian lepas jelas menunjukkan kesan pandemik COVID-19 berbeza antara tempat, namun perhatian masih kurang diberikan kepada isu kesan pandemik COVID-19 terhadap komuniti luar bandar sehinggakan tidak banyak maklumat yang dapat membantu untuk memahami bagaimana pandemik COVID-19 mempengaruhi penduduk dan kawasan luar bandar. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk meneliti kesan pandemik COVID-19 terhadap komuniti luar bandar dengan memberi fokus kepada aspek pergerakan penduduk dan kesannya kepada aspek sosial dan ekonomi. Kampung Terian, Penampang Sabah diambil sebagai kawasan penelitian. Data diperolehi melalui dua teknik iaitu temubual berdasarkan borang soal selidik dan temubual separa berstruktur. Dapatan kajian mendapati sungguhpun kampung Terian terletak jauh dari pusat bandar dan secara relatifnya terpencil dari kampung-kampung lain, namun penduduk kampung tetap terkesan daripada pandemik COVID-19. Pergerakan mereka menjadi terhad susulan perlaksanaan kawalan pergerakan yang dilaksanakan secara berfasa oleh kerajaan. Oleh yang demikian aktiviti ekonomi dan sosial turut terjejas. Sungguhpun begitu, ramai daripada responden kajian berpendapat bahawa kesan pandemik COVID-19 di peringkat sederhana memandangkan sebilangan besar dari kalangan penduduk bekerja sendiri dan masih boleh bergantung kepada sumber hutan, sungai dan hasil pertanian untuk menyara keperluan harian keluarga.

Item Type: Article
Keyword: Pandemik Covid-19 , Kesan , Komuniti luar bandar , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Jun 2022 09:11
Last Modified: 21 Jun 2022 09:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32893

Actions (login required)

View Item View Item