Evolusi kursus teras universiti: Dari sejarah pembentukan bangsa Malaysia ke penghayatan etika dan peradaban

Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Irma Wani Othman and Mohd Kamal Mohd Shah and Muhammad Safuan Yusoff and Habibah Artini Ramlie and Abang Mohd. Razif Abang Muis (2021) Evolusi kursus teras universiti: Dari sejarah pembentukan bangsa Malaysia ke penghayatan etika dan peradaban. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6. pp. 166-181. ISSN 0128-164X

[img] Text
Evolusi kursus teras universiti, Dari sejarah pembentukan bangsa Malaysia ke penghayatan etika dan peradaban.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Evolusi kursus teras universiti Dari sejarah pembentukan bangsa Malaysia ke penghayatan etika dan peradaban.pdf
Restricted to Registered users only

Download (436kB) | Request a copy

Abstract

Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti. Pelajar wajib mengambil dan wajib lulus kursus ini. Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), salah satu kursus teras universiti adalah kursus Sejarah Pembentukan Bangsa Malaysia yang diwujudkan selari dengan penubuhan UMS pada tahun 1994. Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) kepada pelajar-pelajar peringkat ijazah pertama di UMS. Pada tahun 2004, kursus ini diubah namanya menjadi kursus Sejarah Pembentukan Nasion Malaysia dan seterusnya digantikan dengan kursus baharu iaitu Hubungan Etnik pada tahun 2008. Seterusnya, kursus teras ini diubah lagi dengan nama baharu iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban pada tahun 2020. Kertas kerja ini membincangkan tentang evolusi kursus teras tersebut dengan menumpukan kepada aspek sinopsis, objektif dan kandungan ketiga-tiga kursus ini, serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah perbincangan pula dibuat secara deskriptif naratif dan deskriptif analitikal dengan menganalisis teks berasaskan sumber primer dan sekunder, serta bersandarkan pengalaman dan pemerhatian penulis dalam mengendalikan kursus teras tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa kursus teras universiti bersifat dinamik dan anjal, serta seiring dengan kehendak dan keperluan semasa sebagai usaha memenuhi komponen kenegaraan Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Kursus teras universiti , UMS , Sejarah pembentukan bangsa Malaysia , Hubungan etnik , HE , Penghayatan etika dan peradaban , PEdP
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2326.4-2330 Institutions of higher education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 15:08
Last Modified: 08 Jul 2022 15:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32990

Actions (login required)

View Item View Item