Penelitian awal aspek kefahaman mahasiswa terhadap kursus falsafah dan isu semasa (FIS): tinjauan di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Habibah @ Artini Ramlie and Syamsul Azizul Marinsah and Saifulazry Mokhtar and Mohd. Sohaimi Esa and Mohd Kamal Mohd Shah and Norshahrul Marzuki Mohd Nor and Khairul Ghufran Kaspin (2021) Penelitian awal aspek kefahaman mahasiswa terhadap kursus falsafah dan isu semasa (FIS): tinjauan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6. pp. 150-165. ISSN 0128-164X

[img] Text
PENELITIAN AWAL ASPEK KEFAHAMAN MAHASISWA TERHADAP KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS).ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Penelitian awal aspek kefahaman mahasiswa terhadap kursus falsafah dan isu semasa (FIS) tinjauan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).pdf
Restricted to Registered users only

Download (434kB) | Request a copy

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) diperkenalkan kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula sesi kemasukan September 2019. Pengenalan kursus ini merupakan inisiatif mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik bagi melahirkan mahasiswa yang mampu berfikir secara kritikal dan rasional, berhujah secara analitik dan sistematik di samping bertindak dengan lebih berhikmah dan berhemah dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran ideologi kontemporari. Kursus ini diwajibkan ke atas semua mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) termasuklah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada pandangan umum, falsafah merupakan satu kursus yang sukar untuk difahami. Memandangkan Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) adalah satu kursus baharu, kajian ini dilihat relevan untuk dilaksanakan bagi mengkaji pemahaman mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) yang wajib diikuti oleh mahasiswa bermula sesi kemasukan tahun 2020/2021. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan aspek kefahaman mahasiswa UMS terhadap kursus ini dianalisis secara deskriptif berpandukan instrumen soal selidik secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan aspek kefahaman mahasiswa UMS terhadap Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) adalah tinggi dan memberangsangkan. Ini membuktikan tanggapan bahawa kursus berkaitan falsafah adalah kursus yang susah dan tidak menarik perhatian mahasiswa adalah kurang tepat dan boleh diperhalusi demi memastikan kursus ini terus berperanan sebagai salah satu medium untuk membentuk budaya pemikiran baru di kalangan mahasiswa.

Item Type: Article
Keyword: Kefahaman mahasiswa , Falsafah dan isu semasa , Universiti Malaysia Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 15:53
Last Modified: 08 Jul 2022 15:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33000

Actions (login required)

View Item View Item