Fenomena agama di pedalaman sabah

Suraya Sintang and Budi Anto Mohd Tamring and Siti Aidah Lukin @ Lokin and Halina Sendera Mohd. Yakin (2019) Fenomena agama di pedalaman sabah. SEJARAH: Journal of History Department, 28. pp. 187-199. ISSN 1985-0611 (P-ISSN) , 2756-8253 (E-ISSN)

[img] Text
FENOMENA AGAMA DI PEDALAMAN SABAH.pdf

Download (545kB)
[img] Text
FENOMENA AGAMA DI PEDALAMAN SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (545kB) | Request a copy

Abstract

Fenomena agama yang menggambarkan pengalaman, perilaku, tindakan, nilai dan aktviti yang mendasari identiti dan pegangan agama merupakan fenomena sosial yang mampu mencorak keharmonian masyarakat. Sabah mencatatkan fenomena agama yang dibentuk hasil daripada pengalaman sejarah pengislaman beramai-ramai yang melibatkan masyarakat pedalaman pada awal tahun 1970-an sehingga 1985. Fenomena ini dilihat unik dan rencam apabila dikaitkan dengan pengaruh parti politik yang meraih sokongan melalui perubahan identiti agama daripada kelompok individu yang belum menganut sebarang agama sehingga mencetuskan kekeliruan istilah antara “masuk Islam” atau “masuk USIA”. Artikel ini membincangkan fenomena agama di pedalaman Sabah yang melibatkan daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan dengan memfokuskan perbincangan secara deskriptif tentang sejarah pengislaman beramai-ramai, faktor pengislaman melalui perkahwinan dan pengaruh mistikal serta implikasi yang timbul kesan daripada fenomena ini. Metode kajian secara kualitatif dijalankan melalui wawancara dan temubual bersemuka bersama informan utama (key informant) di jabatan agama di daerah terlibat dan kandungan analisis teks yang menjelaskan fenomena agama di pedalaman Sabah. Hasil kajian menunjukan fenomena agama di pedalaman Sabah telah mencatatkan sejarah perkembangan agama yang tersendiri yang mungkin agak sukar ditemui dalam catatan sejarah perkembangan agama di negeri-negeri lain di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Fenomena agama , Pengislaman beramai-ramai , Masuk Islam , Masuk, USIA
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 17:04
Last Modified: 08 Jul 2022 17:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024

Actions (login required)

View Item View Item