Kes-kes pengangkatan anak di Mahkamah Syariah Negeri Sabah

Nooryasmensharini Abas and Suraya Sintang (2019) Kes-kes pengangkatan anak di Mahkamah Syariah Negeri Sabah. MANU, 29. pp. 71-88. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Kes-kes pengangkatan anak di Mahkamah Syariah Negeri Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (52kB)
[img] Text
Kes-kes pengangkatan anak di Mahkamah Syariah Negeri Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (318kB) | Request a copy

Abstract

Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2004 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah Negeri Sabah berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam. Peruntukan undang-undang ini telah memberikan kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah di negeri Sabah kerana tidak ada negeri di Malaysia yang memperuntukkan kuasa sedemikian kepada Mahkamah Syariah, selain daripada negeri Sabah. Peringkat Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa memutuskan Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam di negeri Sabah adalah Mahkamah Tinggi Syariah. Bersesuaian dengan kuasa eksklusif tersebut, maka objektif kajian ini adalah bagi mengkaji kes-kes Permohonan Pengangkatan Anak yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah negeri Sabah dan mencadangkan penambahbaikan dalam prosedur yang sedia ada. Metode pengumpulan data kajian ini adalah kajian dokumentasi melalui kes-kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah di negeri Sabah dan juga wawancara terhadap pegawai yang terlibat. Hasil kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Islam di negeri Sabah dalam memahami proses Permohonan Pengangkatan Anak oleh orang Islam yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah negeri Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Mahkamah Syariah Negeri Sabah , Kuasa eksklusif , Anak angkat , Permohonan pengangkatan anak , Perundangan Islam , Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV697-3024 Special classes > HV701-1420.5 Children > HV873-887 Destitute, neglected, and abandoned children. Street children
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Jul 2022 17:06
Last Modified: 08 Jul 2022 17:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33025

Actions (login required)

View Item View Item