Perbandingan pengalaman antara budaya pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah dalam satu dekad 2006-2016

Halina Sendera Mohd. Yakin and Andreas Totu (2018) Perbandingan pengalaman antara budaya pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah dalam satu dekad 2006-2016. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34. pp. 250-270. ISSN 2289-1528

[img] Text
Perbandingan pengalaman antara budaya pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah dalam satu dekad 2006-2016.ABSTRACT.pdf

Download (58kB)
[img] Text
Perbandingan Pengalaman Antara Budaya Pelajar Antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah dalam Satu Dekad 2006-2016.pdf
Restricted to Registered users only

Download (817kB) | Request a copy

Abstract

Kejutan budaya, akulturasi serta adaptasi budaya adalah antara isu hubungan antara budaya yang sering melanda kehidupan kelompok penghijrah. Bertunjangkan isu-isu berkenaan, makalah ini diprakarsakan untuk mengkaji perbandingan pengalaman antara budaya pelajar antarabangsa, iaitu pelajar dari Republik Rakyat China (RRC) yang melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah. Dengan mengaplikasikan Teori Akulturasi Berry dan Teori Adaptasi Budaya Kim serta teknik pengamatan, temu bual kumpulan fokus dan temu bual mendalam, kajian perbandingan bersifat kualitatif ini dianalisis berdasarkan dua penelitian yang dilaksanakan dalam horizon waktu berbeza, iaitu kajian pada 2006-2007 dan 2014-2016. Isu kejutan budaya pelajar RRC diwacanakan berdasarkan beberapa aspek, iaitu aspek bahasa: corak komunikasi dan hubungan sosial, aspek akademik: pengajaran dan pembelajaran, aspek praktikal: harga pasaran, kewangan serta gaya dan corak hidup serta aspek sosio-budaya: makanan, pakaian dan sebagainya. Akulturasi dan adaptasi budaya pula diklasifikasikan kepada beberapa tema, iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan (kinesics) serta penguasaan bahasa, hubungan dengan masyarakat sebangsa (co-nationals) dan masyarakat tempatan, corak petempatan berkelompok dan khidmat orang tengah. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perbandingan pengalaman antara budaya pula ialah keberadaan alumni, prosedur pengambilan pelajar, struktur kursus, peningkatan jumlah pelajar RRC dan masyarakat Cina serta pemerkasaan dan penaiktarafan servis atau khidmat. Dari perspektif teori, akulturasi dan adaptasi budaya para pelajar disifatkan sebagai gabungan antara strategi integrasi dan pemisahan.

Item Type: Article
Keyword: Kejutan budaya , Akulturasi , Adaptasi budaya , Penghijrah sementara , Universiti Malaysia Sabah
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM621-656 Culture
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jul 2022 10:34
Last Modified: 14 Jul 2022 10:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33082

Actions (login required)

View Item View Item