Pragmatik perintah pergerakan kawalan (PKP) ke atas pembangunan lestari sosioekonomi institusi kekeluargaan di Sabah: Diagnosis isu-isu semasa

Mohd Sohaimi Esa and Irma Wani Othman and Romzi Ationg and Saifulazry Mokhtar (2021) Pragmatik perintah pergerakan kawalan (PKP) ke atas pembangunan lestari sosioekonomi institusi kekeluargaan di Sabah: Diagnosis isu-isu semasa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 213-224. ISSN 0128-1755

[img] Text
Pragmatik perintah pergerakan kawalan (PKP) ke atas pembangunan lestari sosioekonomi institusi kekeluargaan di Sabah, Diagnosis isuisu semasa.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Pragmatik Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) Ke Atas Pembangunan Lestari Sosioekonomi Institusi Kekeluargaan Di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (172kB) | Request a copy

Abstract

Tanggal 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan susulan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri. Selaras dengan pengumuman itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melancarkan PKP bagi membendung penularan wabak Covid-19. Kerajaan telah melaksanakan Standard Operating Procedure (SOP) yang boleh dibahagikan kepada beberapa aspek seperti kesihatan awam, kawalan sempadan, tahap sektor ekonomi, perlindungan golongan berisiko dan penguatkuasaan undang-undang. Natijahnya, wabak Covid-19 telah mengubah kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat, termasuk institusi kekeluargaan. Justeru, perbincangan difokuskan kepada diagnosis isu-isu semasa di sebalik pragmatik PKP yang mempunyai impak ke atas pembangunan lestari sosioekonomi institusi kekeluargaan, khususnya di negeri Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan berasaskan sumber sekunder, di samping disokong oleh sumber awalan seperti laporan dan dokumen polisi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa PKP secara relatifnya telah memberikan kesan besar kepada kelestarian pembangunan sosioekonomi institusi kekeluargaan. Hal ini juga berlaku dalam kalangan penduduk Sabah ketika usaha mengawal pandemik Covid-19.

Item Type: Article
Keyword: Perintah kawalan pergerakan , Sosioekonomi , Institsui kekeluargaan , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Jul 2022 10:52
Last Modified: 14 Jul 2022 10:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33095

Actions (login required)

View Item View Item