Cabaran dan strategi untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang sebagai destinasi pelancongan di Selangor

Jabil Mapjabil and Nur Iqfariekha Ahmad and Datu Razali Datu Eranza and Mazdi Marzuki and Rosmiza M. Z. and Noorziah Mohd Salleh (2021) Cabaran dan strategi untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang sebagai destinasi pelancongan di Selangor. International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6. pp. 129-142. ISSN 0128-1844

[img] Text
Cabaran dan strategi untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang sebagai destinasi pelancongan di Selangor.pdf
Restricted to Registered users only

Download (297kB)
[img] Text
Cabaran dan strategi untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang sebagai destinasi pelancongan di Selangor _ABSTRACT.pdf

Download (62kB)

Abstract

Artikel ini meneliti tentang cabaran dan strategi untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang sebagai destinasi pelancongan di Selangor. Sehingga ke hari ini, Pantai Kelanang lebih sinonim sebagai lokasi penggambaran pasangan pengantin, iklan dan filem. Persoalannya, bagaimanakah populariti pantai ini mampu dipertingkatkan? Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 80 orang responden iaitu 35% penduduk tempatan, 62.5% pelancong domestik dan 2.5% pelancong asing terlibat dalam kajian ini. Profil demografik responden menunjukkan 54% adalah lelaki, 48% responden berumur dalam lingkungan 31 - 40 tahun, 77.5% berbangsa Melayu, 75% adalah berstatus berkahwin dan 56% berpendidikan di peringkat menengah. Hasil kajian menunjukkan lebih 80% responden adalah pengunjung ulangan, 52.5% datang berkumpulan atau berpasangan, 62.5% melawat menggunakan kereta persendirian dan lebih 60% menginap di destinasi yang dikunjungi. Tarikan utama responden datang ke Pantai Kelanang ialah pemandangan yang cantik (36%) dan pantai yang bersih (28%). Antara cabaran yang dikenal pasti ialah pengurusan dan penjagaan pantai, kemudahan asas yang disediakan, kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, faktor aksesibiliti dan promosi serta persaingan dengan pantai yang berdekatan. Strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan populariti Pantai Kelanang termasuklah pembinaan ja lan baru dan pengurusan lalu lintas, pembangunan Kelanang Waterfront, pengindahan persekitaran desa serta meningkatkan publisti dan promosi.

Item Type: Article
Keyword: Cabaran , Strategi , Populariti , Destinasi pelancongan , Pantai Kelanang
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 12 Jul 2022 21:27
Last Modified: 12 Jul 2022 21:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33155

Actions (login required)

View Item View Item