Norbaizura Lukman (2006) Kesan kompleks tabii terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom Cymbidium Finlaysonianum (Orchidaceae) in Vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000447.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian kesan kompleks tabii ke atas pertumbuhan dan perkembangan protokom Cymbidium finlaysonianum telah dijalankan selama 90 hari. Protokom yang berusia 290 hari dikultur di atas medium asas Murashige dan Skoog (1962). Kepekatan pepton pada 1gl�¹, 2gl�¹ dan 3gl�¹, jus tomato pada kepekatan l0%(v/v), 15%(v/v) dan 20%(v/v) serta air kelapa pada kepekatan l0%(v/v), 15%(v/v) dan 200%(v/v) digunakan sebagai rawatan yang berlainan. Media MS tanpa sebarang komponen tambahan digunakan sebagai kawalan. Hasil kajian mendapati rawatan dengan 1gl�¹ pepton merupakan rawatan yang memberikan indeks pertumbuhan protokom yang paling baik dan bererti pada aras keertian 0.05. Rawatan ini juga menyumbangkan purata bilangan protokom yang menghasilkan daun yang paling tinggi. Rawatan dengan l0%(v/v), 15%(v/v) dan 20%(v/v) jus tomato pula memberikan nilai signifikan yang paling rendah bagi indeks pertumbuhan dan purata bilangan protokom yang menghasilkan daun yang paling rendah. Penggunaan jenis media yang berbeza tidak memberikan nilai yang signifikan bagi pembentukan akar dalam kajian ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Protocorms, Cymbidium finlaysonianum, Orchidaceae |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 26 Jan 2012 16:46 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 08:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3320 |
Actions (login required)
View Item |