Penghijrahan Etnik: Diaspora Multi-Etnik Islam di Sabah (Ethnic Migration: The Multi-Ethnic Muslim Diaspora in Sabah)

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin (2021) Penghijrahan Etnik: Diaspora Multi-Etnik Islam di Sabah (Ethnic Migration: The Multi-Ethnic Muslim Diaspora in Sabah). Global Journal Al-Thaqafah, 11. pp. 76-83. ISSN 2232-0474 (P-ISSN) , 2232-0482 (E-ISSN)

[img] Text
Penghijrahan Etnik_ Diaspora Multi-Etnik Islam di Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy
[img] Text
Penghijrahan Etnik_ Diaspora Multi-Etnik Islam di Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Penghijrahan etnik bukanlah satu perbahasan yang asing. Terdapat pelbagai etnik telah melakukan penghijrahan sehingga membentuk diaspora etnik masing-masing di seluruh dunia. Dalam konteks negeri Sabah, penghijrahan etnik turut berlaku. Penduduk Sabah yang asalnya terbentuk oleh beberapa etnik peribumi, telah berkembang dan membentuk masyarakat multi-etnik ekoran daripada proses penghijrahan. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis penghijrahan etnik-etnik dominan Islam daripada Filipina, Indonesia dan Brunei terhadap pembentukan multi-etnik Islam di Sabah. Kajian kualitatif telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati terdapat pelbagai etnik dominan Islam daripada negara-negara tersebut telah berhijrah dan membentuk diaspora etnik mereka di Sabah. Sekali gus telah menyumbang kepada pembentukan multi-etnik Islam di Sabah. Etnik-etnik tersebut adalah seperti Melayu-Brunei dan Kedayan daripada Brunei; etnik Jawa dan Bugis daripada Indonesia, serta etnik-etnik daripada Filipina seperti etnik Kegayan, Bajau, Iranun dan Suluk. Kepelbagaian etnik ini telah menjadikan is sebagai satu identiti bagi negeri Sabah. Walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik, namun dapat hidup harmoni sehingga dinobatkan sebagai contoh yang selari dengan gagasan 1 Malaysia. Justeru, Malaysia amnya dan Sabah khususnya sewajarnya mampu menjadi surf teladan kepada negara-negara luar yang masyarakatnya turut terbentuk oleh pelbagai etnik dan kaum.

Item Type: Article
Keyword: Penghijrahan etnik , Diaspora , Multi-etnik Muslim , Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT101-395 Urban groups. The city. Urban sociology > HT201-221 City population: Including children in cities, immigration
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jul 2022 18:33
Last Modified: 16 Jul 2022 18:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33267

Actions (login required)

View Item View Item