Kajian terhadap kesan pemanasan ke atas sifat fizikal batu sedimen

Fariza Hani Ismail @ Z. Abidin (2004) Kajian terhadap kesan pemanasan ke atas sifat fizikal batu sedimen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000454.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Disertasi yang bertajuk kajian terhadap kesan pemanasan ke atas sifat fizikal batu sedimen ini adalah satu kajian yang dibuat bagi mengkaji perubahan yang berlaku terhadap sifat fizikal batu sedimen setelah dipanaskan. Sifat fizikal yang dikaji ialah ketumpatan dan kandungan mineral batu. Kajian ini juga adalah bertujuan untuk menentukan nama bagi salah satu sampel batuan iaitu sampel A. Empat sampel batu telah dikaji di dalam kajian ini. Ujikaji-ujikaji yang dijalankan ialah ujian ketumpatan dengan menggunakan teknik sesaran air, ujian pembelauan sinar-x yang menggunakan kaedah pembelauan serbuk sinar-x dengan menggunakan satu mesin khas iaitu mesin Difraktometer XRD, ujian pemanasan dan ujian keratan nipis. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa, unsur mineral utama di dalam kesemua sampel batu ialah Quartz atau nama kimianya Silicon Oxide dan didapati bahawa terdapat perubahan kandungan mineral pada batu setelah dipanaskan di mana sampel A dan B kehilangan mineral utama yang selain daripada Quartz setelah dipanaskan iaitu Orthoclase dan Albite Calcian Low bagi sampel A dan Quartz Beta bagi sampel B. Penemuan yang lain pula, ialah batu sedimen ini didapati mengalami perubahan ketumpatan setelah dipanaskan iaitu sampel A mengalami perbezaan ketumpatan sebanyak 0.461gcm�³ dan sampel B pula adalah sebanyak 0.562gcm�³. Ketumpatan bagi sampel C dan D pula adalah sangat rendah iaitu 0.7062gcm�³ bagi sampel C dan 0.8608 gcm�³bagi sampel D. Melalui ujian keratin nipis pula, sampel A telah dapat dikenalpasti sebagai batu Shal.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Sedimentary rock, Heat treatment, Density, Mineralogy, XRD diffractometer machine, Silicone oxide
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE420-499 Petrology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 17 Jan 2012 17:12
Last Modified: 23 Oct 2017 08:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3327

Actions (login required)

View Item View Item