Demokratisasi Suruhanjaya Reid: dampak signifikan kepimpinan Parti Perikatan

Mohd. Sohaimi Esa and Irma Wani Othman and Romzi Ationg and Mohd Azri Ibrahim and Sharifah Darmia Sharif Adam and Jais Abdul Hamid and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin (2021) Demokratisasi Suruhanjaya Reid: dampak signifikan kepimpinan Parti Perikatan. International Journal of Law, Government And Communication (IJLGC), 6. pp. 157-170. ISSN 0128-1763

[img] Text
Demokratisasi Suruhanjaya Reid_ dampak signifikan kepimpinan Parti Perikatan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (315kB) | Request a copy
[img] Text
Demokratisasi Suruhanjaya Reid_ dampak signifikan kepimpinan Parti Perikatan _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Menjelang kemerdekaan, pemimpin Parti Perikatan masih gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa isu kontroversi seperti kerakyatan, bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu. Masalah ini kemudiannya diserahkan kepada suruhanjaya bebas dengan harapan akan wujud keadilan untuk semua kaum di Tanah Melayu. Susulan itu, kerajaan British dan Raja-Raja Melayu telah bersetuju untuk membentuk sebuah suruhanjaya bebas, yakni Suruhanjaya Reid untuk merangka draf Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka pada bulan Mac 1956. Justeru itu, dengan menggunakan pendekatan/metod sejarah melalui analisis dokumen sejarah yang diperolehi dari Public Records Office, London dan Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, manuskrip ini membincangkan tentang signifikan dampak kepimpinan Parti Perikatan dalam Suruhanjaya Reid. Antara hal yang dibincangkan termasuklah dilema yang dihadapi oleh pemimpin Parti Perikatan dalam mencari kesepakatan dalam beberapa isu sensitif, serta rupa bentuk negara bangsa yang ingin dihasilkan selepas merdeka. Selain itu, perbahasan antara delegasi Parti Perikatan dengan Suruhanjaya Reid juga diberikan perhatian dalam perbincangan ini. Sehubungan itu, manuskrip ini mendapati bahawa kewibawaan serta sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh pemimpin Parti Perikatan memberikan dampak usul itu dapat diterima dengan baik oleh Suruhanjaya Reid. Hal ini penting kerana menerusi usul ini juga ia menjadi nadi kepada pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menjurus kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Item Type: Article
Keyword: Suruhanjaya Reid , Parti Perikatan , Memorandum Perlembagaan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 16 Jul 2022 18:37
Last Modified: 16 Jul 2022 18:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33275

Actions (login required)

View Item View Item