Penggunaan transliterasi Arab-Rumi dalam konteks motivasi dakwah

Ismail Maidin and Sarip Adul and Dg. Hafizah Ag. Basir (2019) Penggunaan transliterasi Arab-Rumi dalam konteks motivasi dakwah. MANU, 30. pp. 213-232. ISSN 1511-1989 (P-ISSN) , 2590-4086 (E-ISSN)

[img] Text
Penggunaan transliterasi Arab-Rumi dalam konteks motivasi dakwah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (522kB)
[img] Text
Penggunaan transliterasi Arab-Rumi dalam konteks motivasi dakwah _ABSTRACT.pdf

Download (61kB)

Abstract

Motivasi dakwah bertujuan memberikan rangsangan, tarikan dan minat terhadap dakwah yang diberikan. Mengabaikan motivasi dakwah dalam kehidupan seharian pasti akan mengundang budaya putus asa dan menjauh dalam kalangan mualaf, golongan yang ingin bertaubat, kanak-kanak dan sebagainya. Maka, tidak hairan masalah yang dihadapi oleh sesetengah umat Islam iaitu jika mereka yang tidak mahu membaca al-Quran memberikan alasan kerana merasa mengalami kesukaran menguasai asas tilawah. Lantaran itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau penggunaan transliterasi Arab-Rumi dalam konteks motivasi dakwah dalam Islam, dan untuk mengenal pasti sejauh mana implikasinya dalam penerbitan buku-buku agama. Mudah, menenangkan, memberikan khabar menggembirakan, bersifat gabung jalin terhadap pengetahuan sedia ada, berbentuk sementara dan tidak bersifat kekal adalah satu ciri untuk merangsang minat dan memudahkan penguasaan transliterasi Arab-Rumi sebelum berubah ke tahap yang lebih sukar dan kompleks. Penggunaan transliterasi Arab-Rumi dilihat sebagai antara bentuk motivasi dalam berdakwah mempelajari bahasa Arab, asas tilawah dan sebagainya kepada golongan yang mempunyai asas pembacaan tulisan Rumi atau Latin. Metodologi kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk tinjauan perpustakaan terhadap penggunaan transliterasi Arab-Rumi mengikut perspektif al-Quran, hadis-hadis Nabi SAW, pendapat-pendapat ulama dan penelitian terhadap buku-buku atau kitab-kitab yang menggunakan transliterasi Arab-Rumi dalam penerbitannya. Dapatan kajian mendapati penggunaan transliterasi Arab-Rumi adalah satu bentuk terjemahan fonetik yang memudahkan pembacaan tulisan Arab dan hukumnya adalah harus jika bertujuan motivasi dakwah, tetapi pendekatan berguru (Talaqqi Musyafahah) dan memahami kaedah penggunaannya adalah amat perlu agar dapat mengenal kaedah asas transliterasi yang diguna pakai, serta dapat menyebut makhraj atau artikulasi fonetik dengan tepat.

Item Type: Article
Keyword: Transliterasi , Terjemahan , Fonetik , Motivasi , Dakwah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 17 Jul 2022 10:35
Last Modified: 17 Jul 2022 10:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33341

Actions (login required)

View Item View Item