Kajian tahap pencemaran di Taman Tun Fuad Stephen dengan menggunakan Barbula consanguinea (Musei) sebagai penunjuk biologi

Nor Afifah A. Karim (2007) Kajian tahap pencemaran di Taman Tun Fuad Stephen dengan menggunakan Barbula consanguinea (Musei) sebagai penunjuk biologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000465.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pencemaran logam berat antara tiga kawasan pensampelan di Taman Tun Fuad Stephens dengan menggunakan Barbula consanguinea sebagai penunjuk biologi. Kajian dilakukan dengan cara membandingkan kandungan kepekatan logam berat pada B. consanguinea mengikut jaraknya dari punca pencemaran iaitu jalanraya dan membandingkan kepekatan antara logam plumbum, zink dan kadmium di ketiga-tiga kawasan pensampelan. Ketiga-tiga logam tersebut banyak terdapat dalam asap kenderaan. Sampel lumut telah diambil dari tiga kawasan persampelan di Taman Tun Fuad Stephen iaitu Tl yang berjarak 25m, T2 yang berjarak 120m dan T3 yang berjarak 430m dari jalan raya. Terdapat tiga replikat bagi setiap sampel. Semua sampel lumut melalui proses pencernaan basah sebelum dianalisis kepekatan logam beratnya menggunakan Alat Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Hasil kajian mendapati bahawa logam zink adalah logam yang paling banyak diserap oleh B. consanguinea berbanding logam plumbum dan kadmium. Kawasan persampelan yang paling tinggi jumlah kandungan kepekatan logam beratnya adalah kawasan T3 diikuti kawasan Tl dan T2.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals, Plumbum, Zinc, Cadmium, Bioindicator, Barbula Consanguinea, Environmental pollution, Tun Fuad Stephens Park, Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD172-193.5 Environmental pollution
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Jan 2012 11:36
Last Modified: 23 Oct 2017 08:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3346

Actions (login required)

View Item View Item