Fungsi Dan Peranan ESSCOM Dalam Menjamin Keselamatan Sabah: Satu Perbandingan Persepsi Antara Komuniti ‘luar’ Dan Komuniti Esszone

Ramli Dollah and Mohd Zambri Suharani (2015) Fungsi Dan Peranan ESSCOM Dalam Menjamin Keselamatan Sabah: Satu Perbandingan Persepsi Antara Komuniti ‘luar’ Dan Komuniti Esszone. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 2. pp. 1-28. ISSN 2289-859X

[img] Text
Fungsi Dan Peranan ESSCOM Dalam Menjamin Keselamatan Sabah.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Fungsi Dan Peranan ESSCOM Dalam Menjamin Keselamatan Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (548kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini bertitik tolak daripada persoalan metedologi dan epistemologi dalam memahami persoalan keselamatan di negeri Sabah melalui penubuhan ESSCOM. Bagi mengatasi masalah ini, penulis cuba memberikan alternatif baru mengenai persoalan ini dengan menjelaskan isu ini daripada kacamata penduduk di lapangan. Dengan kata lain, makalah ini cuba untuk melihat persepsi komuniti di kawasan terpinggir dan kurang merupakan mendapat tempat di media massa dan media eltronik. Untuk tujuan tersebut, makalah ini melihat perbandingan persepsi ‘orang luar’ dan juga penduduk di Pantai Timur Sabah (atau dikenali sebagai komuniti ESSZONE) terhadap penubuhan dan fungsi ESSCOM dalam menjamin keselamatan penduduk terutamanya di wilayah ESSZONE. Makalah memfokuskan kepada beberapa kawasan di gugusan Felda Sahabat, Lahad Datu yang meliputi beberapa kawasan seperti Felda Sahabat, Lok Buani dan Tambisan. Makalah ini melihat bahawa ESSCOM ditubuhkan untuk menjamin keselamatan penduduk dalam komuniti ESSZONE. Oleh itu, apapun persepsi yang wujud mengenai penubuhan ESSCOM, makalah ini melihat ianya perlu dilihat dari perspektif ‘orang dalam’ iaitu komuniti ESSZONE sendiri. Makalah mendapati bahawa penubuhan ESSCOM adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di kawasan terbabit. Persepsi ini berbeza dengan persepsi sebahagian masyarakat luar yang melihat penubuhan ESSCOM sebagai satu ‘pembaziran’, ‘projek gajah putih’ dan ‘patut dibubarkan’. Dalam menyiapkan makalah ini, kombinasi kaedah temubual dan borang soal selidik sebagai sumber utama dalam mendapatkan data di samping kaedah penyelidikan arkib, internet dan perpustakaan digunakan bagi menyokong hujah yang dinyatakan.

Item Type: Article
Keyword: ESSCOM , ESSZONE , Keselamatan , Lahad Datu , Komuniti , Persepsi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
U Military Science > UA Armies: Organization, distribution, military situation > UA10-997 Armies: Organization, distribution, military situation
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Jul 2022 08:12
Last Modified: 26 Jul 2022 08:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33521

Actions (login required)

View Item View Item