Kajian status kualiti air di Sungai Bukau, Beaufort

Maiza Ismail (2006) Kajian status kualiti air di Sungai Bukau, Beaufort. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000472.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ke atas Sungai Bukau, Beaufort telah dilakukan untuk menentukan status semasa kualiti airnya berdasarkan Piawaian Interim Air Kebangsaan Malaysia. Tiga stesen kajian telah dipilih dan pensampelan dilakukan sebanyak sekali bagi setiap 2 minggu selama 2 bulan untuk tiga kali pensampelan. Pengukuran parameter in-situ seperti suhu, pH, kekeruhan, dan oksigen terlarut (DO) dilakukan dengan menggunakan alat system pengesanan multiparameter (YSI model 650). Manakala anal isis ex-situ bagi kepekatan oksigen biokimia (BOD), kepekatan oksigen kimia (COD), jumlah pepejal terampai (TSS), dan minyak dan gris masing-masing menggunakan teknik modifikasi azida, kaedah refluks terbuka, kaedah gravimetri, dan kaedah pengekstrakkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa nilai bacaan min bagi suhu, pH, kekeruhan, dan DO masing-masing adalah 26.41 ± 0.653°C, 6.49 ± 0.253, 48.66 ± 13.72 NTU, dan 6.13 ± 1.006mg/L. Selain itu, nilai bacaan min bagi BOD, COD, TSS, dan minyak dan gris masing-masing adalah 2.22 ± 0.853mg/L, 7.50 ± 3.043mg/L, 26.33 ± 13.313mg/L, dan 39.11 ± 20.957 µg/L. Perbandingan nilai kajian yang diperolehi dengan Piawaian Interim Air Kebangsaan Malaysia didapati bahawa kualiti air Sungai Bukau adalah dikategorikan sebagai Kelas IIA yang mana ia sesuai untuk tujuan bekalan air dan perikanan tetapi memerlukan rawatan konvensional.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Water, Water quality, Bukau River, Beaufort, Interim National Water Quality Standard of Malaysia
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD201-500 Water supply for domestic and industrial purposes > TD429.5-480.7 Water purification. Water treatment and conditioning. Saline water conversion
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 19 Jan 2012 17:37
Last Modified: 23 Oct 2017 08:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3353

Actions (login required)

View Item View Item