Penentuan ion klorida dalam sampel air dengan menggunakan elektrod pemilih ion

Achilles Leo Joseph (2005) Penentuan ion klorida dalam sampel air dengan menggunakan elektrod pemilih ion. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000473.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Elektrod pemilih ion klorida disediakan dengan menggunakan logam argentum yang dielektrolisis didalam 0.1 M larutan asid hidroklorik yang bertindak sebagai elektrolit bagi menghasilkan logam agrentum klorida. Kajian ini mendapati bahawa elektrod klorida adalah sesuai digunakan pada pH 3 bingga 6 dan responnya terhadap kepekatan ion klorida adalah linear pada julat kepekatan 1x10�² M hingga 1x10�� M dengan kecerunan Nernstian 56.9mV per dekad. Had pengesanan bagi elektrod klorida ini ialah sekitar 1x10�� M. Elektrod klorida ini juga mempunyai respon yang baik terhadap ion klorida berbanding dengan ion-ion penggangu yang Kᴾᵒᵗ AgCI�I-=5x10�¹, Kᴾᵒᵗ AgCI�Br=4.36x10�¹, Kᴾᵒᵗ AgCI�S04²�=3x10�², KPot AgCl- S203²� = 3.88x10�². Masa respon bagi elektrod ialah kurang daripada seminit dan boleh digunakan tidak lebih daripada sebulan. Penentuan ion klorida dalam tiga sampel air iaitu air paip, air kolam pengoksidaan SST dan air takungan Kolej Kediaman E masing masing memberikan nilai 6.7X10�³M, 2.5X10�³M dan 2.6x10�� M hingga .3 .5x10�� M.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Water, Chloride ion, Hydrochloric acid, SEMO tap water, SST oxidation pool, Kolej Kediaman E
Subjects: Q Science > QD Chemistry > QD1-999 Chemistry > QD450-801 Physical and theoretical chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 19 Jan 2012 17:41
Last Modified: 23 Oct 2017 08:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3354

Actions (login required)

View Item View Item