Keterlibatan dan cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah terhadap Murid Berkeperluan Khas

Norafifah Bali and Mohamad Hashim Othman (2017) Keterlibatan dan cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah terhadap Murid Berkeperluan Khas. Asian Social Work Journal (ASWJ), 2. pp. 1-10. ISSN 0128-1577

[img] Text
Keterlibatan dan cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah terhadap Murid Berkeperluan Khas.pdf
Restricted to Registered users only

Download (388kB) | Request a copy
[img] Text
Keterlibatan dan cabaran Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah terhadap Murid Berkeperluan Khas _ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memerlukan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (GBKS) bertindak untuk memberikan perkhidmatan tersebut kepada semua pelajar, sama ada pelajar aliran perdana mahupun Murid Berkeperluan Khas (MBK), seperti mana yang telah digariskan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Situasi ini telah memberikan cabaran kepada GBKS terutama dalam memenuhi keperluan khusus MBK. Perkara ini menimbulkan persoalan berkaitan dengan keterlibatan GBKS dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling khususnya kepada MBK serta cabaran yang dilalui dalam melaksanakan perkhidmatan ini. Oleh itu, sebuah kajian berbentuk kualitatif telah dilaksanakan untuk menjawab persoalan tersebut. Kajian ini melibatkan enam orang GBKS yang berkhidmat di sekolah yang mengamalkan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif. Soalan temubual berbentuk separa berstruktur telah digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keterlibatan GBKS terhadap MBK berlaku secara langsung dan tidak langsung. Manakala cabaran yang dilalui GBKS dalam melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dibahagikan kepada tiga tema, iaitu cabaran bercirikan GBKS, cabaran bercirikan MBK dan cabaran bercirikan Organisasi. Perolehan dapatan kajian ini dapat menyumbang maklumat mengenai pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada MBK, seterusnya digunakan sebagai penambahbaikan garis panduan yang sedia ada bagi meningkatkan keterlibatan.

Item Type: Article
Keyword: Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling , Kompetensi kaunseling multibudaya , Ketidakupayaan , Murid berkeperluan khas , Guru bimbingan dan kaunseling sekolah
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 28 Jul 2022 08:22
Last Modified: 28 Jul 2022 08:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33550

Actions (login required)

View Item View Item